View: 7870|Reply: 77
|
[Tempatan]
Harga rumah naik 3-4% kerana GST- REHDA
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menjangka harga rumah akan naik antara tiga hingga empat peratus berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus bermula 1 April 2015.
Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, kenaikan tersebut berlaku selaras dengan peningkatan kos membina rumah sebanyak kira-kira 20 peratus yang kini ditanggung oleh pemaju berikutan kenaikan harga bahan binaan seperti pasir, simen, konkrit, premium tanah dan sebagainya.
Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun masih mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung pelaksanaan GST dalam sektor hartanah khususnya perumahan yang merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Kita mengalu-alukan pelaksanaan GST namun berharap pelaksanaan dibuat secara telus dan bijaksana bagi memastikan sebarang impak yang mungkin timbul kelak tidak membebankan pemaju serta pembeli secara keseluruhannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan hasil kajian perumahan REHDA bagi tempoh separuh pertama 2014 di sini. Yang turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Soam Heng Choon.
Mengulas lanjut, FD Iskandar berkata, kajian yang dijalankan REHDA mendapati sebanyak 85 peratus respondens (dalam kalangan pemaju hartanah di Semenanjung Malaysia) mengakui perniagaan mereka terjejas berikutan ‘langkah-langkah penstabilan’ pasaran hartanah yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam Bajet 2014 lalu.
Justeru beliau berharap, kerajaan membenarkan semula pelaksanaan Skim Berjajaran Kepentingan Pemaju (DIBS) untuk pembeli rumah pertama berharga tidak melebihi RM400,000.
Kerajaan dalam Bajet 2014 melarang pemaju perumahan melaksanakan projek yang berciri DIBS bagi mengelakkan pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan ke dalam harga rumah.
Kerajaan juga melaksanakan beberapa mekanisme kawalan iaitu melalui pengurangan Loan To Value (LTV) kepada 70 peratus sahaja bagi pinjaman perumahan untuk pembelian rumah ketiga dan seterusnya serta mengkaji semula Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT).
FD Iskandar dalam pada itu turut berharap Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan meneliti semula syarat pinjaman perumahan kerana ramai pembeli khususnya pembeli rumah pertama sukar mendapatkan pembiayaan.
Beliau berkata, syarat pembiayaan perumahan yang ketat menyebabkan jualan sektor hartanah terutama kediaman berharga antara RM250,001 hingga RM500,000 menyusut pada separuh pertama 2014.
"Secara umumnya, para pemaju bersikap neutral dan pasimis terhadap unjuran industri hartanah bagi tempoh separuh kedua 2014 dan keadaan itu dijangka berterusan pada separuh pertama 2015," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
OK jeeee.... Gaji pon naik |
|
|
|
|
|
|
|
blah la.. harga rumah naik, pasal harga tanah tmpat nak buat rumah tu naik.. bank/valuer/penetap harga pasaran lah yg mnyebabkan harga tanah naik..
ko buat rumah teres yg sama design dkat Cheras & sabak bernam.. terang2 harga tak sama walaupun design & bahan binaan sama..
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg bagitau ari tu, bila adanya GST, harga akan turun?????
i told u aledy, dgn adanya GST semua bakal naekkkkk dan naekkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
terasa mcm nak mencarut plak di pagi jumaat yang mulia ni
pfffftttt |
|
|
|
|
|
|
|
Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor
bendahari UMNO Selangor![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
GST x de pun harga rumah mmg naik je tetiap tahun... |
|
|
|
|
|
|
|
abah hang la!!! tak de gst pun rumah mencanak-canak naik rumah ulu banat kat olak lempit teluk panglima garang sana teres setingkat rm230000 tu tahun ni punye harga taun depan ada gst naik lagi!!! macai suka sgt la duit diorg banyak duit ada bram brim broom segala ![](static/image/smiley/default/huffy.gif) ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
kontraktor2 dah sound awal2...
lepas GST semua barang construction naik...
HAR.....
sapa2 yg tak beli rumah beli la skarang....
oh yer....
rega keta pun naik kalau tak silap.... |
|
|
|
|
|
|
|
ctcham posted on 12-9-2014 09:03 AM ![](static/image/common/back.gif)
abah hang la!!! tak de gst pun rumah mencanak-canak naik rumah ulu banat kat olak lempit teluk pangl ...
tu kt telok panglima garang kan 230k teres setingkat.
agak2 kalau buat dekat ampang cheras brp ratus ribu kalau design sama. gerenti mahal lg dlm 100k
mcm celaka, ni semua penilai hartanah punya salah sejak awal lagi.. tu isu utama..
formula apa ntah digunapakai..
|
|
|
|
|
|
|
|
ctaz posted on 12-9-2014 09:05 AM ![](static/image/common/back.gif)
kontraktor2 dah sound awal2...
lepas GST semua barang construction naik...
[size=14.4444446563721px]rega keta turun..tp 1-3% je laaaaa...jadi leee![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
syukur la..harga rumah masih murah nak dibangdingkan dengan negara jiran...
gst kan utk bantu poket kroni...ehh..bantu ekonomi... hadap je laa.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
honeybee80 posted on 12-9-2014 09:01 AM ![](static/image/common/back.gif)
GST x de pun harga rumah mmg naik je tetiap tahun...
dah betul la statement tu ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
ni yg dia announce.. selalu x announce pun mmg harga rumah naik dan naik dan naik lagiiiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
bila lah dapat hidup bersenang lenang |
|
|
|
|
|
|
|
bila naik je isu rumah..memang terasa nak mencarut2 je.
|
|
|
|
|
|
|
|
N9 pun dah ikut jejak langkah selangor. Harga rumah single storey kat nilai beza 80-100k dengan Seremban. Alasan nilai lagi dekat dengan klang valley. Kat Seremban single storey last year 230k, now new phase dah jadi 324k. Double storey sah2 400k above. Ni najib dah announce perluasan penempatan sebab klang valley semakin padat masa pelancaran Seremban sentral, iols rasa, lepas ni lagi la harga mencanak2 naik. Setakat ni, Seremban paling selatan developer bangunan township, tp Mah Sing baru je beli tanah kat area Rantau. In future ada je org duduk Rantau kerja kat Klang Valley. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli REHDA yang buat rumah dan untung lebih 100%............tak da pulak suruh turunkan harga sebab "profiteering". Ini asyik salahkan:
1) Gomen dan GST
2) Bank dan pinjamah perumahan.
Aku harap Kerajaan kasik pukul sekali ahli REHDA dan spekulator dengan:
1) kasik naik interest rate untuk pembeli rumah kedua dan keatas. Pembeli rumah kedua dan keatas ............ susahkan dia orang ambik loan.
2) RPGT dinaikkan 50%
3) banyak kan lagi perumahan I Malaysia.
Lepas ni merudum-rudum lah harga turun ke bawah. Jangan kesian sangat kat ahli REHDA dan spekulator. |
|
|
|
|
|
|
|
generasi akan datang mampu menyewa je nanti...![](static/image/smiley/default/curse.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|