EVANS gigih melakukan senaman untuk mengurangkan berat badan.
ST. LOUIS, Amerika Syarikat – Seorang lelaki gemuk menjadi terkenal di internet selepas dia berkongsi pengalamannya melakukan senaman pada setiap hari untuk mengurangkan berat badannya, lapor Mirror Online kelmarin.
Lelaki tersebut, Larry Evans yang berasal dari bandar ini memuat naik video dan gambar dia sedang bersenam di laman sosial Facebook untuk menguruskan badan.
Video dan gambar yang menunjukkan Evans, 39, berlari, berenang dan bersenam di gimnasium itu kini ditonton lebih 19 juta kali.
Evans sebelum ini mempunyai berat badan mencecah 361 kilogram tetapi kini berjaya mengurangkan berat badannya kepada 207 kilogram.
Dalam video tersebut, Evans menyeru setiap penonton supaya tidak menghakiminya, ketawa atau memperlekehkan usahanya itu.
“Senaman saya untuk hari ke-140 dan tolong jangan menghakimi saya.
“Saya lakukan ini kerana saya mahu hidup dan sekiranya anda mempunyai masalah seperti saya jadi bangun dan lakukan sesuatu,” katanya.
Dalam setiap video yang dimuat naik, ramai pengguna Facebook memberi sokongan kepada Evans dan menganggap usaha lelaki itu memberi inspirasi kepada mereka. – Agensi
John Faizol - pemenang kawasan 2 musim #jk1m akan kongsi pengalaman beliau esok di PCMC bersama2 dalam sessi Experience Sharing #jommantap
meet Elynna Zaijan, bekas peserta #jk1m musim 1 dan 2 .. she will be antara speakers esok to share her journey. Info lanjut? Refer earlier post on #jommantap or here - http://kevinzahri.com/blog/events/jom-mantap-exerience-talk — with Rozza Che Ak.
transformation from 120kg. tahniah kepada Hazirim #jomkurus #jomkurusraya #jk1m — with Tuan Hakim and Hasrul Safarin.