Kepada kawan-kawan saya yang banyak bertanya tentang cara berkerja dan menetap di UK, disini saya huraikan sedikit sebanyak tentang cara-caranya. Selamat mencuba.
Cara-cara menetap atau berkerja di UK.
________________________________________
1.Jikalau ayah atau ibu, dan juga datuk atau nenek anda mempunyai Sijil Kelahiran British - maka anda mempunyai peluang untuk menetap di UK. Biasanya Sijil Kelahiran ini hanya terdapat di bawah Pemerintahan British dibawah Negeri-negeri Selat sebelum Kemerdekaan tahun 1957. Negeri-negeri yang terlibat ialah Singapura, Melaka dan P.Pinang. Perkara ini di panggil 'Right of Abode'.
2.Mempunyai simpanan 1 juta Ringgit bersamaan £200 ribu Pounds. Perkara ini teramatlah payah kecuali jika kita mempunyai simpanan yang besar. Tetapi anda, isteri anda dan anak-anak anda yang berumur 16 tahun ke bawah, boleh tinggal disini dengan mudah. (Berbanding dengan Australia pula, anda wajib menyediakan 6 juta Ringgit - bermakna 6 kali ganda berbanding UK).
3. Belajar sambil mencari peluang pekerjaan : Jikalau anda belajar disini umpamanya mengambil Master atau Phd, anda boleh juga mencari peluang perkerjaan disini. Tetapi pihak Majikan wajib mengeluarkan Work-Permit untuk anda. Dengan Work-Permit ini anda sekeluarga boleh menetap, berkerja dan belajar di sini. Selepas 5 tahun, anda boleh memohon PR (Permanent Resident) di UK.
4.Memohon kerja secara On-Line : Anda boleh mencari kerja di sini dengan pergi ke Website UK, dan pastikan Majikan tersebut mengeluarkan Work-Permit untuk anda. Kebiasaannya Majikan enggan membayar Work-Permit untuk anda, tetapi anda boleh membayarnya sendiri kerana ianya terlalu murah.
5. Perkahwinan : Jikalau bakal isteri atau suami anda seseorang yang mempunyai PR (Permanent Resident) di UK, atau Warga negara British atau pun Warga negara EU di UK, anda boleh tinggal dan berkerja di UK. Kebiasaannya anda akan di beri 5 tahun Visa atau dipanggil 'Visa for Spouse' dan selepas itu anda akan di beri PR (Permanent Resident) di UK dan anda boleh tinggal dan berkerja disini untuk selama-lamanya.
# Sila masuk ke Website UKBA -Selamat Mencuba.
p/s. Undang-undang kadang-kala berubah, harap maklum.