CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12192|Reply: 102

[Tempatan] KISAH SEBENAR LELAKI MELAYU BINA RUMAH UNTUK ANJING DI KLANG

[Copy link]
Post time 23-10-2014 05:28 PM | Show all posts |Read mode
KISAH SEBENAR LELAKI MELAYU BINA RUMAH UNTUK ANJING DI KLANG




Seorang lelaki melayu memuat naik gambar seekor anjing betina beranak 8 ekor anak anjing di hadapan rumahnya. Anjing betina itu sedang menyusukan anak-anaknya di bawah pokok di tengah hujan.

Pilu melihat keadaan anjing itu, Padil Bedul membina tempat berteduh sementara berasaskan kain guni, kanvas dan payung lama. Dia juga membeli makanan bagi anjing betina itu agar tidak kelaparan.











Keperihatinan beliau itu telah mendapat 386 shares di Facebook.

Padil juga turut berkongsikan petua di bawah,

"Baca bismillah 7 kali. Ludah air liur kita dan gaul dalam makanan dia. Insya Allah nanti anjing tu akan kenal kita dan boleh cam bau kita serta tidak akan menyalak garang kepada kita. Kalau menyalak pun cuma menyalak untuk welcome kita."

Menurut Padil, anjing ini dulu bertuan, namun tuannya telah berpindah ke tempat lain. Anjing ini dipanggil dengan nama Jecky oleh tuannya.



Menurut cerita, Jecky telah dihantar ke satu kawasan di Bukit Naga. Tetapi setelah beberapa bulan, Jecky pulang ke tempat asal untuk mencari tuannya. Malangnya rumah yang menjadi tempat tinggal Jecky telah kosong & tiada berpenghuni. Tuannya telah tiada. Maka Jecky berkeliaran di kawasan Bandar Puteri sehinggalah dia melahirkan anak-anaknya di hadapan kawasan rumah Padil.



Daripada rumah yang berasaskan kain guni, kini Padil telah menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dalam kandang khas bertilamkan span.

http://www.mazeermohamad.com/201 ... ayu-bina-rumah.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang musim anjing.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:30 PM | Show all posts
astagfirullah..beratubat la bang....sesungguhnya melayu tu benar....haram bende2 anjing ni......kena banyak ilmu ..jangan pakai logik......ibarat pegang tetek bini org yangbukan muhrim...jarum sgt halus...astagfirullah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:31 PM | Show all posts
Sejak kes pegang anjing ni, gigih semua mencari posting berkenaan anjing
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:33 PM | Show all posts
Heart of gold u pakcik.. tak macam sesetgh orang siap kata nak bunuh anjing
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:34 PM | Show all posts
dah ada lama ni kan - jap lagi mohon masuk pera penghencap
adakah pokcik padil ni tolong kucen sama cam tolong anjen
dosa harom ikut mezhab mulayuu
~ in advance
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2014 05:34 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 23-10-2014 05:30 PM
astagfirullah..beratubat la bang....sesungguhnya melayu tu benar....haram bende2 anjing ni......kena ...

Cubaan halus liberalisme,,
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:36 PM | Show all posts
finesse posted on 23-10-2014 05:34 PM
Cubaan halus liberalisme,,

yup..jarum halus yang dibawak oleh golongan liberal..jarum tu yahudi buat..dia ekspot ke liberal..liberal bagi kat org ramai...bahaya sungguh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 05:37 PM | Show all posts
kang tak pasal2 brader nih kena tuduh mortad.

sian.

lupa agaknya ada pelacur memberi anjing minum air dan mendapat balasan syurga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 05:38 PM | Show all posts
Tak pasti kesahihan tapi aku pernah terbaca kisah Rasulullah dan para tentera Muslim melintasi suatu kawasan dan baginda terjumpa ibu anjing dan anak2nya tengah berlindung, khuatir anjing2 tu terganggu dengan kehadiran kaum muslimin, baginda memerintahkan seorang sahabat baginda menjaga ibu anjing tu dan anak2nya sehingga kaum muslimin beredar...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:40 PM | Show all posts
obelisk posted on 23-10-2014 05:38 PM
Tak pasti kesahihan tapi aku pernah terbaca kisah Rasulullah dan para tentera Muslim melintasi suatu ...

astagfirullah....saya rasa hadis tu hadis palsu....


kamal,
perokok tegar,
melayu beb

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 05:40 PM | Show all posts
Persoalan: Anjing Samada Najis Atau Sebaliknya
Fiqh Imam Bukhari - http://www.darulkautsar.netarticle.php?ArticleID=1570

2.5 Persoalan anjing samada najis atau tidak. Para `ulama' berbeza pendapat tentangnya. Kebanyakan daripada mereka mengatakan najis walaupun mereka berbeza pula tentang tahap kenajisannya. Imam Syafi`e, Ahmad dan golongan yang sehaluan dengannya berpendapat, anjing termasuk dalam najis berat (najasah mughallazah). Ertinya apa-apa yang terkena anjing mestilah dibasuh tujuh kali atau lapan kali dan salah satu daripadanya ialah dengan air yang bercampur tanah yang suci. Imam Abu Hanifah dan orang-orang yang sependapat dengannya berpendapat najisnya adalah najis biasa. Apa yang perlu ialah dibasuh tanpa ada ikatan bilangan tertentu. Walaubagaimanpun sebaik-baiknya ialah tiga kali. Sementara Imam Malik dan Imam Bukhari di samping tokoh-tokoh fiqh yang lain pula berpendapat anjing tidak najis samaada air liur atau peluh atau tubuhnya dalam keadaan kering atau basah. Ia adalah sejenis binatang yang suci seperti kucing dan lain-lain dan apa-apa yang disentuhnya tidak perlu dibasuh. (15)

2.5.1 Imam Bukhari, Malik dan golongan yang sehaluan dengan mereka berdua berpegang dengan beberapa dalil daripada Al-Qur'an, As-Sunnah dan qias seperti berikut:

2.5.1.1 Allah berfirman di dalam Al-Qur'an:

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (Muhammad), "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah dihalalkan bagimu (makanan) yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang pemburu yang telah kamu latih untuk berburu, yang kamu latih menurut apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu. Maka makanlah apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah (waktu melepasnya). Dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri daripada memakan apa yang diharamkan Allah). Sesungguhnya Allah sangat cepat perhitunganNya [Al-Ma'idah: 4].


* Komentar: Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya berhujah bahawa jikalau anjing memang najis, bagaimana Allah akan membenarkan penggunaannya untuk berburu. Tentu sekali binatang buruan akan diterkam dan digigit oleh anjing perburuan lalu terkena air liurnya atau peluhnya. Allah bukan sahaja membenarkan pengunaan anjing untuk berburu malah mengira tangkapannya sebagai sembelihan yang sah. Binatang buruan yang ditangkap oleh anjing jika mati, dibenarkan kita memakannya walaupun tidak disembelih dan disamak (dibasuh tujuh kali atau lapan kali dan salah satu daripadanya ialah dengan air tanah yang suci) terlebih dahulu. Ini menunjukkan anjing bukan sahaja sejenis binatang yang suci zatnya malah sejenis binatang yang sangat istimewa menurut Al-Qur'an.

2.5.1.2 Nabi saw bersabda di dalam hadits yang diriwayatkan `Adi Bin Hatim begini:

عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِذَا أَرْسَلْتَ كَلْبَكَ الْمُعَلَّمَ فَقَتَلَ فَكُلْ وَإِذَا أَكَلَ فَلَا تَأْكُلْ فَإِنَّمَا أَمْسَكَهُ عَلَى نَفْسِهِ قُلْتُ أُرْسِلُ كَلْبِي فَأَجِدُ مَعَهُ كَلْبًا آخَرَ قَالَ فَلَا تَأْكُلْ فَإِنَّمَا سَمَّيْتَ عَلَى كَلْبِكَ وَلَمْ تُسَمِّ عَلَى كَلْبٍ آخَرَ

Bermaksud: `Adi Bin Hatim meriwayatkan katanya, " Aku pernah bertanya Nabi saw (tentang anjing perburuan dan binatang buruan yang ditangkapnya), maka Baginda saw bersabda, " Jika engkau melepaskan anjingmu yang telah terlatih lalu ia membunuh (binatang buruan yang ditangkapnya), maka makanlah (dibenarkan kamu memakan binatang buruan itu). Tetapi jika ia telah memakan (sesuatu daripada binatang buruan itu), makan janganlah kamu makan. Ini kerana ia telah menangkapnya untuk dirinya sendiri. Saya bertanya (kata `Adi), "Bagaimana kalau saya melepaskan anjing saya tiba-tiba saya dapati ada anjing lain bersamanya? Nabi saw bersabda, "kalau begitu jangan kamu makan kerana kamu sesungguhnya telah membaca Bismillah ketika melepaskan anjingmu, bukan anjing yang lain. [hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Hibban, Baihaqi dan lain-lain].

2.5.1.3 Imam Bukhari dan lain-lain juga mengemukakan satu hadits riwayat Ibnu `Umar yang menunjukkan anjing adalah sejenis binatang yang suci, iaitu:

قَالَ كَانَتْ الْكِلَابُ تَبُولُ وَتُقْبِلُ وَتُدْبِرُ فِي الْمَسْجِدِ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَكُونُوا يَرُشُّونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ

Bermaksud: Ibnu `Umar r.a berkata, "Anjing-anjing kencing, masuk dan keluar di dalam masjid di zaman Rasulullah saw. Tetapi mereka (para sahabat) tidak merenjis pun tempat di mana terkena kencing dan tapak kaki anjing-anjing itu. [hadits riwayat Bukhari, Abu Daud, Baihaqi, Thahawi dan lain-lain].


* Komentar: Jika anjing memang najis tentulah para sahabat tidak akan membiarkannya keluar masuk begitu di dalam masjid. Mereka pasti akan menghalaunya keluar daripada masjid. Para sahabat bahkan tidak merenjis pun tempat-tempat yang dipijak dan terkena kencing anjing. Ini menunjukkan anjing tidak najis pada pandangan mereka. (16)

2.5.1.4 Hadits Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh beliau (Bukhari) sendiri, Imam Ahmad dan lain-lain juga menunjukkan anjing adalah binatang suci (bersih) seperti binatang-binatang lain yang suci iaitu:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا رَأَى كَلْبًا يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَأَخَذَ الرَّجُلُ خُفَّهُ فَجَعَلَ يَغْرِفُ لَهُ بِهِ حَتَّى أَرْوَاهُ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَأَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ

Bermaksud: Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi saw, " Bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki nampak seekor anjing sedang memakan tanah yang basah kerana dahaga. Maka orang itu pun mengambil khufnya lalu mencebuk air dengannya untuk diberikan kepada anjing tersebut. Orang tadi terus meminumkan kepada anjing tersebut sehingga ia puas. Allah berkenan kepada perbuatan orang itu. Maka kerananya Dia memasukkannya ke dalam syurga."


* Komentar: Imam Bukhari berpendapat Allah tidak akan berkenan kepada perbuatan seseorang yang salah di sisiNya. Nabi saw pula tidak menjelaskan tentang jadi najis atau tidak khuf orang itu kerana anjing telah menjilat air di dalamnya. Apa yang ada di dalam hadits ini ialah sanjungan dan penghargaan daripada Allah kepada orang tersebut kerana budi baiknya terhadap anjing yang dahaga. (17)

2.5.2 Para `ulama' seperti Imam Bukhari, Imam Malik dan lain-lain cukup sedar dan amat mengetahui tentang dalil-dalil berupa hadits-hadits yang menjadi pegangan golongan yang mengatakan anjing itu najis. Tetapi mereka memahaminya dan memakainya tidak seperti yang difahami dan dipakai oleh golongan itu. Antara alasan yang diguna pakai oleh pihak Imam Bukhari, Imam Malik dan lain-lain dalam persoalan ini adalah seperti berikut:

2.5.2.1 Imam Bukhari dan para `ulama' yang sefahaman dengannya berpendapat hadits-hadits yang memerintahkan supaya anjing-anjing dibunuh dan bekas yang terkena jilatannya supaya dibasuh sebanyak tujuh kali dengan salah satu basuhannya hendaklah dengan tanah yang suci, itu sudah mansukh semuanya atau ia tidak ada kena mengena dengan najisnya zat anjing itu tetapi sebaliknya kerana faktor lain iaitu demi menghapuskan semangat meniru dan kagum dengan orang-orang Yahudi yang pada ketika itu sangat berpengaruh lantaran mereka adalah Ahlil Kitab dan menguasai ekonomi masyarakat setempat yang mana majoritinya terdiri daripada orang-orang `Arab yang kemudiannya telah memeluk agama Islam. Dalam persoalan ini Nabi saw telah bertindak sebagai ahli psikologi masyarakat atau seorang pembina dan arkitek umat dengan menggunakan cara dan kaedah sendiri yang telah terbukti sangat berkesan.


2.5.2.2 Hadits-hadits yang menyebutkan bahawa `amalan orang yang memelihara anjing, hilang setiap hari sebanyak satu atau dua qirat dan para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat anjing di dalamnya adalah berkenaan dengan anjing yang dipelihara semata-mata kerana mengikut dan terpengaruh dengan gaya hidup sesuatu bangsa kafir seperti Yahudi di zaman  Nabi saw atau berkenaan dengan anjing yang tidak ada apa-apa manfa`atnya malah sebaliknya mengganggu ketenteraman `awam. Adapun anjing yang berfaedah seperti anjing yang dipelihara untuk perburuan, menjaga binatang-binatang ternakan dan tanaman maka itu tidak terlarang sama sekali malah ia termasuk dalam apa yang dikecualikan berdasarkan hadits-hadits Nabi saw berikut:

يَقُولُ مَنْ اقْتَنَى كَلْبًا إِلَّا كَلْبًا ضَارِيًا لِصَيْدٍ أَوْ كَلْبَ مَاشِيَةٍ فَإِنَّهُ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطَانِ

Bermaksud: Barang siapa memelihara anjing kecuali anjing untuk perburuan atau untuk menjaga binatang ternakan maka pahalanya akan berkurang tiap-tiap hari dua qirat. [Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Nasa'i, Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah, Hakim, Thabarani, Baihaqi, Darimi dan lain-lain].

مَنْ اقْتَنَى كَلْبًا لَا يُغْنِي عَنْهُ زَرْعًا وَلَا ضَرْعًا نَقَصَ مِنْ عَمَلِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ

Bermaksud: Sesiapa memelihara anjing yang tidak berguna kepadanya untuk menjaga tanaman atau binatang peliharaannya maka akan berkurang daripada `amalannya setiap hari satu qirat. [Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Nasa'i, Ahmad, Ibnu Majah, Hakim, Thabarani, Baihaqi, Darimi dan lain-lain].

2.5.2.3 Jika memelihara anjing itu terlarang secara mutlaq tentu sekali para sahabat tidak memeliharanya selepas kewafatan Nabi saw. Tetapi berdasarkan aatsar para sahabat terbukti mereka memelihara anjing dengan tujuan menjaga tanaman atau binatang ternakan kepunyaan mereka termasuklah sahabat-sahabat seperti Abu Hurairah, `Adi Bin Hatim, Abu Tsa`labah Al-Khasyni dan lain-lain yang meriwayatkan hadits-hadits tentang perlunya dibasuh tujuh kali bekas jilatan anjing atau `amalan seseorang berkurang pada tiap-tiap hari sebanyak satu atau dua qirat kerana memelihara anjing.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 05:40 PM | Show all posts
...sambungan

2.5.2.4 Di antara bukti bahawa hukum membasuh bekas yang dijilat oleh anjing sebanyak tujuh kali itu sudah mansukh ialah Abu Hurairah yang meriwayatkannya sendiri tidak memakainya. Beliau sebaliknya membasuh sebanyak tiga kali sahaja bukan tujuh kali dan begitulah fatwanya apabila ditanya. Sebenarnya dalil paling kuat menunjukkan mansukhnya hukum itu ialah kebenaran Allah di dalam Al-Qur'an untuk memakan binatang yang ditangkap oleh anjing perburuan tanpa menyebutkan selepas menyamaknya atau membasuhnya sebanyak tujuh kali atau tiga kali. Rasulullah saw juga tidak menyebut apa-apa tentangnya. Kebenaran Allah itu pula tersebut di dalam Surah Al-Qur'an yang paling akhir diturunkan kepada Nabi saw. Inilah pegangan Imam Bukhari, Malik dan orang-orang lain yang sependapat dengan mereka berdua.

2.5.2.5 Satu pengajaran besar daripada sikap Islam dalam menangani persoalan anjing ini peringkat demi peringkat, jika dilihat dari perspektif Imam Bukhari ialah jati diri sesuatu bangsa atau umat itu begitu sekali perlu dijaga sehingga sesuatu yang mengancamnya mesti dihapuskan. Kerana sesuatu bangsa atau umat itu barulah bererti kewujudannya apabila ia mempunyai identiti sendiri dan umat yang beridentiti tidak akan meniru bangsa lain dan mengaguminya secara membabi buta. Jika kerana bimbangkan jangkitan virus selesema burung yang boleh mengancam nyawa manusia, beburung dihapuskan maka begitulah juga dengan sesuatu yang mengancam jiwa sesuatu umat, ia wajar dihapuskan. Itulah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw. Dalam kes ini tidak timbul langsung soal suci atau najisnya anjing itu.

2.5.2.6 Keistimewaan anjing semakin terserlah di zaman moden ini apabila ia telah terbukti dapat digunakan untuk pelbagai maksud yang tidak dapat dilakukan oleh manusia sendiri. Di zaman ini anjing digunakan untuk mengesan penjenayah, dadah, orang-orang yang terperangkap dibawah rutuhan bangunan dan lain-lain. Di kawasan-kawasan bersalji seperti di Eskimo pula anjing-anjing digunakan untuk menarik kereta luncur salji. Anjing diakui semua pihak sebagai sejenis binatang yang boleh diajar dan dilatih untuk pelbagai maksud dan kenyataan ini ditegaskan oleh Allah sendiri di dalam Al-Qur'an. Dalam keadaan seseorang itu menganggap anjing adalah najis bahkan najis mughallaz, bagaimana dia akan dapat mengambil munafa`at daripadanya dengan selesa? Bagaimana pula dia akan maju dalam `ilmu dan seni melatih anjing untuk pelbagai maksud dan tujuan?? Tetapi kalau kita mengikut pendapat Bukhari maka kita tidak akan ketinggalan di belakang bangsa-bangsa lain di dunia ini dalam mendapatkan `ilmu dan seni yang istimewa ini.  

Di samping itu ketokohan beliau dalam bidang-bidang lain yang juga telah diterokai beliau di dalam kitab Shahihnya jangan sekali-kali dilupakan. Seperti mana para `ulama' telah mengiktirafnya sebagai mujtahid mutlaq dalam bidang fiqh, mereka juga telah mengiktirafnya sebagai tokoh dan imam dalam bidang-bidang lain yang disentuh beliau di dalam kitab Shahihnya yang masyhur itu. Pembaca-pembaca yang budiman akan melihat sendiri kepakaran, kemahiran, kehalusan penelitian dan keluasan `ilmu Imam Bukhari dalam bidang pengajian Islam yang merangkumi `aqidah, sirah dan sejarah, ta`bir mimpi, perubatan Nabi saw, akhlaq dan adab, tafsir, manaqib dan lain-lain selain fiqh apabila mereka dapat menghayati dan menjiwai betul-betul kitab Shahihnya.

ذلك فضل الله يؤتيه من يشاء
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين







Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:41 PM | Show all posts
bantu anak yatim kan lebih pekdah.. aparaaa..

ni anjing..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 05:43 PM | Show all posts
petola posted on 23-10-2014 05:41 PM
bantu anak yatim kan lebih pekdah.. aparaaa..

ni anjing..

anjing bantulah jugak, anak yatim pun bantulah jugak, tak semestinya kene pilih salah satu, sedangkan dalam hadis pun ada kisah pelacur bantu anjing kehausan minum...

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:45 PM | Show all posts
isk isk isk....
lain kali jumpa anjing tembak  je gi mampus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 05:47 PM | Show all posts
lizaliza posted on 23-10-2014 05:45 PM
isk isk isk....
lain kali jumpa anjing tembak  je gi mampus

yup..sebagaimana dapat pahala lastik cicak ..begitu juga dengan anjing ...jumpa katok je sampai mati..najis wat ape nak biar hidup

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
yg ni fida sokong
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:52 PM | Show all posts
kesian bro ni...bertaubat la bang...plsss
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 06:18 PM | Show all posts
tak bolehkan anjing dn anak2nya diserahkan kpd pihak SPA untuk diuruskan.  Mungkin ada orang2 non-muslim mahu jadikan anjing2 trs sbg anak-angkat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.307556 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list