CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2418|Reply: 5

Petua penjagaan rambut

[Copy link]
Post time 25-10-2014 11:07 PM | Show all posts |Read mode


Santan luruskan rambut


Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut,amalkan petua ini.
Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas airsuam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalampeti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan pada rambut dengancermat kemudian cuci sehingga bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.

Dadih lembutkan rambut

Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suamkira-kira 60 darjah Celsius. Perahkan air limau nipis, kacau dan simpan dalampeti sejuk selama enam jam.
Apabila pekat boleh dilumur pada rambut. Biarkan selama sejam dan bilas.Amalkan selalu, insya-Allah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.

Daun bunga raya elak rambut gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh sehingga bersih dankisar. Kemudian perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan dua kaliseminggu dan anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat secarasemula jadi.

Elak mengikat rambut

Rendam kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya untuk disapu atas kulitkepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatantumbuh. Di samping itu, usah mengikat rambut dengan getah bagi mengelak rambutgugur.

Rambut bersinar dengan telur

Asingkan putih dan kuning telur, kemudian ambil kuning telur dan sapu padarambut. Biarkan 15 hingga 25 minit. Seterusnya, bilas rambut menggunakan airbersih. Amalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Rambut anda akan lebihbersinar.

Limau nipis atasi rambut kering

Untuk mengatasi masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak, lumurkanlimau nipis pada rambut kemudian biarkan selama 25 hingga 35 minit dan bilasmenggunakan air bersih.

Produk Lengkap Untuk Kecantikan Rambut Disini



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2015 12:43 PM | Show all posts
untuk mslh kelemumur xde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 01:54 PM | Show all posts
hrmm bnyk petua..
rambut Zamani Slam cantikkan..apa agaknya petua dia ye..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:09 AM | Show all posts
pernah buat yg guna daun bunga raya tu...ramas dan ambil lendir sapu kat rambut.

tapi lepas perap dan basuh tuu rambut kau jadi kasar la pulak..

(rambut ak mmg jenis hitam kebat pun . ekeke)
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak dapat rambut yg sihat b'gantung juga pada pemakanan kita. If byk mkn berminyak, tmbh pula byk MSG mmg akan ada efek pd rambut.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 08:08 AM | Show all posts
aeni1883 replied at 28-1-2015 12:43 PM
untuk mslh kelemumur xde ke?

ngan limau nipis  pun bole...sblm basuh rambut sikat dolu bagi kuar semer keruping kelemumur tu..pastu tenyeh ngan limau nipis.....kalu kelemumur teruk wat 3 kali seminggu....kalau tak teruk sekali seminggu pun cukup
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.042264 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list