CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RoLLinG

Aku wanita hina

  [Copy link]
Post time 30-10-2014 09:44 AM | Show all posts
Andai TT seorg wanita Islam, saya pohon TT BERTAUBATLAH segera.  Andai TT seorg wanita Islam, hadirkanlah perasaan bersalah dan menyesal atas perbuatan kamu itu.   JGN diulang lagi perbuatan itu, JGN dekati lagi perbuatan yg akan menjurus kamu ke arah itu.  Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.  BERTAUBATLAH DGN BERSUNGGUH2. Tidak perlu langsung berterus-terang kpd suami.  Simpanlah aib kamu yg besar itu agar tidak terputus kepercayaannya terhadap kamu.   

Sekali lagi, andai kamu seorg wanita Islam, timbulkanlah  rasa takut kpd Allah, hadirkanlah rasa bersalah gugurkanlah air mata penyesalan.  Allah akan mengampuni dosa kamu malah memadam terus dosa kamu yg besar itu jika kamu bertaubat kpdNya dgn bersungguh2.  Pintu rahmat dan taubatNyaNya masih terbuka selagi kamu masih bernafas.  Segeralah bertaubat sebelum malaikat maut dtg menjemput.  

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan.

Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, -

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;"

[Al Furqaan:63-71]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 09:54 AM | Show all posts
Ingatlah, kita tidak tahu pengakhiran kita bagaimana.  Seorg penzina boleh berakhir menjadi seorg alim dan seorg alim boleh berakhir menjadi seorg penzina.  Na'uzhubillah min zalik.  Semoga kita berada di bwh perlindunganNya sentiasa.  Semoga kita tidak berdiri dgn hina di hadapanNya di mahkamahNya kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:03 AM | Show all posts
tt,
jangan dikejar cinta yang x pasti. jangan diidam impian yang dalam bayangan. jangan dibuang kasih yang sedia ada. kembali kepada pangkuan keluarga-suami dan anak2. persetankan lelaki yang baru kenal tu.

pstt:- jangan terlalu jujur sampai cerita apa yang jadi kepada suami sebab ada lelaki yang x boleh terima apa yang jadi tapi yang pasti tt kena bertaubatlah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:18 AM | Show all posts
yg aku heran, jantan mcm ni mesti la semua slh bini, dia jd curang
klu bini dh tak hormat ke hape ke pegi la consult mhkmh syariah
yg pi menutuh pempuan lain tu apahal?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:30 AM | Show all posts
saya ada satu cerita atau kisah benar, tentang pasangan yang dah berkahwin, saling berhubung dengan pasangannya yang juga sudah berkahwin..

kisahnya Abg Ali dan akak Ben berkahwin lama, dah ada anak juga..
Abg Ciko dan akak Didi juga sudah berkahwin dan punya anak..

dipendekkan cerita, alkisahnya Abg Ali dan akak Didi ialah kekasih lama yang bertemu kembali waktu reunion..
dalam tempoh itu, bibit cinta berputik kembali..
disebabkan cinta, mereka sepakat untuk bercerai dengan pasangan masing-masing..
Abg Ali nekad menceraikan isterinya akak Ben, dengan syarat semua harta dan kenderaan diserahkan & ditukarkan nama kepada akak Ben dan Abg Ali bersetuju dengan syarat akak Ben.. lalu, mereka memfailkan perceraian, dan sahlah perceraian itu dengan lafaz satu latak.. walaupun akak Ben sedih, namun, dia tahu, tak guna dia pertahankan rumahtangga dia jika Abg Ali sudah tidak lagi memandang dia dan dia tiada dihati suaminya..

setahun berlalu, Abg Ali telah pun bergelar duda, masih menanti kekasihnya akak Didi diceraikan oleh suaminya Abg Ciko.. namun, Abg Ciko tidak juga menceraikan isterinya.. tak tahulah apa nasib Akak Didi kerana suaminya Abg Ciko mengetahui tentang hubungan terlarang antara isterinya Akak Didi dengan Abg Ali dahulu..

lantaran terlalu lama menunggu, dan memikirkan bahawa kuasa talak berada di bawah suami kekasihnya, dan merasakan kekasihnya tidak bersungguh barangkali atau menginsafi keterlanjurannya, akhirnya, Abg Ali menikah kembali dengan isterinya akak Ben.. mereka bahagia hingga kini dan Abg Ali menyesali perbuatannya dan cukuplah sekali dia mensia-siakan isterinya.. bagi akak Ben, mungkin dia merasakan suaminya layak diberi peluang kedua..

untuk Abg Ciko dan akak Didi, yang terakhir diketahui, suaminya sudah tidak punya perasaan padanya lagi.. mungkin digantung tak bertali, atau telah dilepaskan, tidak diketahui nasib akak Didi.. akibat dari kecurangannya, akak Didi menerima nasib dan padah yang tidak diketahui..

kisah mereka tidak sampai tahap terlanjur tetapi kisah ni ada kaitan dengan hubungan terlarang..

moral of the story : hargailah yang ada sekarang di depan mata, daripada mengejar sesuatu yang belum pasti..

untuk tt, mohon tt bertaubat, mohon maaf pada suami, dan lupakan kawan kelab tu..

Last edited by bunga_lestari on 30-10-2014 11:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:36 PM | Show all posts
Laki tu tgh terbelah bagi... mampu ke aku tanggung 3 lagi anak yang bukan anak aku. Jangan cari bala....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2014 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Niat di hati mmg nak melahar tapi...
ginila..

1. Akuilah tt hanya stok gegeli saja.
2. At ur age, i m sure u know bila cahaya cinta dah malap. U just know it.
3. Kot sayang, siang mlm nk dgr suara, ni talipon pun x nk jwb. What d u expect.
4. Gasakla cemana pun huduhnya akhlak isteri lelaki tu. It is none of ur business.
5. As a married woman, syurga kat tapak kaki somi. Fikir panjang..
6. Apa jaminannya lelaki itu x mengayat pompuan lain pula? Unless tt cantik lawa n kaya  mcm Juma.
7. Apa jaminanya lelaki itu simpan rahsia perskandalannya dgn tt. Entah2 x lama lagi video intim korang jadi viral. Perghhh...

kot #7 belum terjadi, kalaupun x takut balasan berzina, balasan curang pada laki dan balasan ngumpat bini org tu, pls stop it tt.
jagalah maruah tt sendiri. Do it for urself.

all d best tt
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 xleh pakai.... TT n ur bf... benda camni biasanya jadi kebiasaan. Klu dah biasa rasa benda haram, biasanya sampai bila2 akan ulang benda yg sama. So yg halal mmg xkan rasa nikmat dah.

Klu saya lelaki... saya pun xnak kawin ngan pempuan cam TT coz bila2 masa boleh curang pulak ngan lelaki lain.

Saya pempuan, klu taw calon suami berperangai cam bf TT tu, sorilah nak buat suami. Jantan camtu xlayak dpt gelaran suami or ayah. Confirm sifat tjwap ke laut punya... sah2 nnt klu kawin dia wat perangai sama.

Lazer sgt? Itulah kenyataan. Rasanya TT taw apa yg TT dah buat. So xperlu nak justify diri. Dah salah, balik ke pangkal jln. Minta maaf pd suami skg tapi klu suami xmaafkan, terpaksa terima akibatnya coz sendiri yg salah. Ingat, balasan tetap ada, di dunia n akhirat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2014 07:59 AM | Show all posts
macam cite tipu jer
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 03:28 AM | Show all posts
teruknya...tapi tak mengejutkan pun sebab cara tt tulis pun macam takde conscience jer...macam takde penyesalan dan perasaan bersalah pada suami...kalau betul2 menyesal, kita boleh rasakan penyesalan itu...

yang baik dan buruk sudah jelas, cuma terpulang pada tt untuk ikut jalan yang lurus...bf tt pun kena mintak ampun pada suami tt kalau dia nak pengampunan Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 03:49 PM | Show all posts
Laracinta posted on 27-10-2014 06:49 PM
Lara tidak mahu melahar tapi Lara pikir lelaki tu sekarang dua hati dengan akak. Dia ingat akak tida ...

Lara, kau ni dah kerja ke belum? Sibuk je mengomen kat thread orang. Kahwin pun belum.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 03:55 PM | Show all posts
Ramai betul slut zaman sekarang ni. Kau ni kira pakej la, slut and bitchy. Kat forum ni ramai spesies ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 04:02 PM | Show all posts
ajakto posted on 2-11-2014 07:59 AM
macam cite tipu jer

Asal kau rasa dia menipu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 04:03 PM | Show all posts
NURMIMIE posted on 29-10-2014 04:47 PM
kalau tengok tajuk, dah tau sendiri pun sedar akan impak perbuatan diri tuh kan..

apa lagi, bawak ...

Kenapa senario tu berlaku? Citerlah sampai habis.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 04:15 PM | Show all posts
jalannya hanya dengan bertaubat dan tinggalkan perbuatan buruk awak
kembalilah pada keluarga awak
jangan rosakkan rumahtangga lain kerana rumahtangga awak tak bahagia
fikirkan impak berbuatan awak pada suami dan anak-anak
sekalipun awak dah benci pada suami, ingat pada anak-anak
pandang wajah mereka
tak kasihankan awak pada anak-anak beribukan penzina seperti awak
belum terlambat untuk awak mencari bahagia bersama suami atau anak-anak
jangan rosakkan diri dengan perbuatan awak sendiri
banyak jalan atau pilihan yang ada selain dari berzina
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
RoLLinG posted on 28-10-2014 02:35 PM
saya kenal isteri teman lelaki itu kerana die boleh dikatakan kawan sama2 kelab kami juga .. isterin ...

Antara bini berlagak dgn suami n bini penzina...
U choose...

Nanti ada prob dgn suami baru u berzina dgn laki lain..? Dia ponada prob dgn u dia tdo ngan pompuan lain..alasan apa plak nanti?

Jgn rs hebat sgt bila laki kutuk bini sendiri.. Laki gtulah xlayak dibuat suami..nnti u jd bini dia dia kutuk u plak depan pompuan lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 10:33 AM | Show all posts
RoLLinG posted on 28-10-2014 03:01 PM
threads ni saya buka untuk pendapat tindakan yang betul saya perlu lakukan.saya x nak tersalah lan ...

Tak payah la cerita dosa kau kat laki kau tu TT...
mintak jer ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki...
Aku percaya kau punya sebab sendiri...

apa kesss sampai tido dgn jantan lain???
kalau kau dah boleh tido dgn jantan lain... Sayang kat jantan lain... Mintak cerai je lah...
jgn tambah2 dosa...
dosa ngan Allah, ngan laki lagi...
mintak cerai...

yg si jantan ni pun kalau sayang ikhlas dgn kau... Mesti dia akan cakap lepas edah yg penting kita nikah... Nak hidup macam mana lepas tu, hah... Pandai-pandai laaa... Ni, bila dpt tau kau dah cerai, apa kesss dia jadi macam tu... Kau tau si jantan ni, tak yah nk tunggu2 sibuk ngan urusan perceraian... Nikah kau dulu itu yg penting sbb masing2 dah merasa benda masing2.... Ni kang urusan perceraian berjalan, tah bila nk settle, korang berdua, pantang jumpa mesti nk bergasak jer... Tambah dosa lagi... Tapi bila kau sendiri pertikaikan cara dia handle kau yg dlm keadaan "sudah bercerai"... Seakan-akan dia berubah... Kau pikir lah sendiri!



Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 01:47 PM | Show all posts
OMG sah sah TT ni kena tipu je ngan jantan tu.... kalo dah x sayang kat laki sendiri baik mintak cerai dan bina hidup baru dari pergi menggatal ngan laki orang ...sebab kat luar banyak buaya, OMG ntah2 lelaki tu ada 2 / 3 spare part cam TT gak, TT ni ntah yg keberapa perempuan yg dah dia main....lagi worst kalo dia pulak ada penyakit kelamin...berjangkit lak kat tt ...dari x de penyakit jadi penyakit..... lemahnya perempuan

Semoga TT bertaubat dan dapat meneruskan hidup dengan aman...walaupun TT akan dibayangi dengan dosa-dosa lalu...mmg susah nak melupakannya....semoga bertabah


mode membebel.......sori ye TT
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
arrowtotheknee posted on 3-11-2014 03:49 PM
Lara, kau ni dah kerja ke belum? Sibuk je mengomen kat thread orang. Kahwin pun belum.   ...

Jaga anak orang pun kerja juga kan? Takkan komen pun tidak boleh. Besok2 Lara kawin lah. Ok apa nasihat Lara. Tidak semestinya yang muda tidak boleh nasihat yang tua. Moderater pun bagi Lara kredit tau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 05:04 PM | Show all posts
Laracinta posted on 4-11-2014 02:59 PM
Jaga anak orang pun kerja juga kan? Takkan komen pun tidak boleh. Besok2 Lara kawin lah. Ok apa na ...

Huntunglah dapat kredit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.102079 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list