CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2758|Reply: 0

Buang Masa Hadir Mesuarat Pr Kerana Hanya Ikut Apa Anwar Mahu Sahaja??

[Copy link]
Post time 18-11-2014 11:45 AM | Show all posts |Read mode

Facebooker Roslan Abdullah penyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat hanya mengikut kemahuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tahukah anda mesyuarat dibuat biasanya tergesa-gesa ikut kemahuan Anwar Ibrahim, sedangkan Tuan Guru Haji Hadi ada jadual asal yang disusun.
"Mesyuarat pula lebih kepada mengesahkan apa yang Anwar mahu sahaja," dedahnya.

Roslan Abdullah turut menolak dakwaan yang menuduh Hadi tidak hadir mesyuarat PR sejak 20 bulan lalu, kerana pada Januari Presiden PAS masih memberi komitmen beliau dalam mesyuarat tersebut.

Menurutnya lagi, mesyuarat itu tidak layak dipanggil sebagai ‘Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat' kerana Hadi sahaja yang mewakili Presiden PAS berbanding dengan PKR dan DAP.

"Ini mesyuarat majlis Pakatan bukan mesyuarat presiden-presiden parti.
"Kenapa tak pertikai Wan Azizah Presiden PKR tak hadir pun... Apa kapasiti Anwar hadir? Apa pengesahan Anwar di sudut perlembagaan PKR ? Sedangkan Anwar diangkat kononnya ‘Ketua Umum PKR' beliau bukan ketua umum PR pun," katanya lagi.

Berkenaan kes saman calon PKR, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Roslan Abdullah mendedahkan Anwar turut bermain wayang dalam isu tersebut.

"Kes saman ini Tuan Guru Haji Hadi tak minta dibatalkan, tapi Anwar Ibrahim beriya iya call Tuan Guru Haji Hadi dalam satu program bersama Pemuda PAS Terengganu, kononnya dia dah arah Shamsul tarik (saman) dan Saifuddin dah bincang dengan Haji
Dillah (seorang kontraktor, penyokong PAS Paka dan Dungun).."dedahnya.
Memetik sumber laporan Sinar Harian, Roslan Abdullah memperli penyokong PKR adakah Ketua Umum PKR seorang yang baik.

Laporan Sinar Harian yang bertarikh pada 28 Februari melaporkan kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang berkata pihaknya telah pun mencapai satu keputusan yang disifatkan positif dalam mesyuarat parti itu, tetapi enggan mendedahkan perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkan dalam masa terdekat.

Azan menjelaskan bahawa kata sepakat itu menjamin kebaikan bersama antara Pas dan PKR selain mengambil kira pandangan Mohd Shamsul yang turut hadir dalam mesyuarat itu.

"Setelah perbincangan dibuat dan melihat kepada semua aspek kepentingan kedudukan PR baik di peringkat Pusat dan negeri terutamanya yang melibatkan kerjasama dan ukhuwah antara PKR Terengganu serta PAS Terengganu dan demi mengukuhkan kedudukan PR di peringkat Pusat, kami telah mencapai kata sepakat atas kedudukan isu ini dan kita akan sampaikan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diumumkan dalam masa terdekat sekembalinya beliau daripada tugasan di luar negeri, insya-ALLAH," katanya.

Namun, sehingga ke hari ini, Anwar tidak membuat pengumuman rasmi pendirian parti itu berkaitan isu tersebut dan kes saman itu masih diteruskan di Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu.



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=19111


Last edited by DTECCONAN on 18-11-2014 11:47 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.803434 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list