CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3258|Reply: 14

Lady Gaga Malaysia Nak Mengarah Tahun Depan

[Copy link]
Post time 25-11-2014 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Didie
Alias memberitahu dia tidak mempunyai
sebarang masalah terpaksa membawa anak
keenamnya, Muhammad Dayyan ke tempat
kerja kerana tidak mempunyai pembantu
rumah.

Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd
Ali, 40 , berkata, dia tidak merasakan ada
keperluan untuk mengupah pembantu rumah
kerana masih mampu menjaga Dayyan yang
kini berusia empat bulan tambahan pula
suaminya, Norisham Ismail sentiasa berada
disisi untuk membantu.
"Tidak rasa beban pun terpaksa membawa
Dayyan ke tempat kerja kerana memang kami
tidak merancang untuk mengambil pembantu
rumah bagi menjaga anak.

"Bukan tidak mahu ambil pembantu tetapi
memandangkan lima anak saya yang lain
sudah pun besar jadi rasanya saya dan suami
masih boleh menguruskan Dayyan," katanya
kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Didie berkata, permintaan
suaminya supaya Dayyan diberikan susu
badan tanpa dicampur dengan susu formula
sekurang-kurangnya untuk enam bulan turut
menjadi faktor dia membawa anaknya ke
tempat kerja.

Katanya, dengan cara itu lebih mudah dia
menyusukan anaknya itu dan bersyukur
kerana Dayyan tidak banyak meragam seolah-
olah memahami situasinya yang perlu bekerja.
"Dia seorang anak yang baik dan jarang
sekali menangis apabila berada di mana-
mana acara yang melibatkan saya sebagai
pengacara atau pun dilokasi penggambaran.
Didie bersama suami, Norisham Ismail dan
anak mereka Muhammad Dayyan.

"Sebelum memasuki set atau naik pentas
saya akan menyusukan dia terlebih dahulu
dan selalunya selepas itu dia akan tidur
sehingga saya selesai bekerja," jelasnya.
Tambah Didie, biarpun pada awalnya dia
berasa penat dengan rutin tersebut namun
kini dia sudah terbiasa dengan situasi itu
selain enggan berenggang dengan anaknya.
"Pada usia sekarang memang ada terasa
penatnya namun saya lebih puas dapat
melihat dia depan mata saya membesar dan
suami juga banyak membantu ketika saya
sibuk bekerja.

"Dialah orang yang paling sibuk sekali apabila
berkaitan dengan anak kami dan sentiasa
memanjakannya," ujarnya.
Sementara itu, Didie juga memberitahu, anak-
anaknya yang lain juga turut ringan tulang
dalam menjaga adik mereka sehingga dia
tidak berpeluang memegang anaknya itu.
"Mereka bergilir-gilir menjaga Dayyan
sehingga kadang-kadang berebut nak jaga
adik. Alhamdulillah anak-anak memahami
keadaan saya yang kadang-kadang sibuk dan
sentiasa membantu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Didie berkata,
kerjaya seninya kembali rancak dengan
pelbagai aktiviti selepas dia selesai
berpantang selama 100 hari dan sudah
bersedia untuk kembali aktif.
Bagaimanapun kata Didie, buat sementara
waktu, dia hanya akan menerima tawaran
yang tidak memerlukan dia bekerja dalam
jangka masa panjang kerana perlu
mengutamakan anaknya yang masih kecil.
"Alhamdulillah rezeki semakin bertambah
sejak melahirkan anak namun saya terpaksa
memilih terutamanya lakonan kerana keadaan
anak yang masih kecil.

"Bagaimanapun sepanjang November hingga
Disember depan, saya banyak menerima
undangan sebagai pengacara dan akan aktif
berlakon pada Januari depan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 09:02 AM | Show all posts
Sya suka Didie ni. Baguslah dia bercita-cita tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka tengok dia. Dia bekerja keras..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:07 AM | Show all posts
mana cerita nk mengarah thn depan?

crite psl aktiviti menetek die je nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
No offense... tp nama anak sheols tetap nk D khenn? Malangnya meols ada kenal sorg mohd dayyan...ponen penipu...kje gomen.. choi sgt. Hrp kehaprakan dayyan yg meols kenal x bjangkit kt baby Didie... opcoz la besar nnt hensem mcm daniel ank bujang didie tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:15 AM | Show all posts
didie memang kuat kerja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2014 09:22 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 25-11-2014 09:07 AM
mana cerita nk mengarah thn depan?

crite psl aktiviti menetek die je nih

Kena tukar tajuk tuh...Lady Gaga Gagah Menetek Anak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:24 AM | Show all posts
baby sheol chubby gak




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 12:23 PM | Show all posts
rajin kije hokkay dd nih kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:48 PM | Show all posts
Laki dia keje apa eh? Jadi PA skrg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:57 PM | Show all posts
La, baru 40 umur DA ini
Patutlah masih boleh mengandung
Ingatkan dah kertu sangat
Umur 40 sekarang ini bukan dianggap tua

kawan saya umur 40 ni tengok macam 20-an je
banyak orang tak percaya dia 40 bila sebut umur
anak dia dah tahun 1 di universiti
sebab dia makan organic food dan minum air kunyit serta cuka apple tiap hari (kata nya)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
mixed posted on 25-11-2014 01:24 AM
baby sheol chubby gak

Sado sungguh sominyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
laki dia jadi PA dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 01:40 PM | Show all posts
cruisekeanu posted on 25-11-2014 12:57 PM
La, baru 40 umur DA ini
Patutlah masih boleh mengandung
Ingatkan dah kertu sangat

jaga makan, exercise, tak smoke/minum, tidur cukup inshaAllah nampak muda

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 02:34 PM | Show all posts
GAGAGGAGA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.115455 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list