Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui terapung di Sungai Tok Sardon, Kubang Semang di sini, hari ini. Mayat terbabit ditemui pada 5 petang tadi oleh penduduk kampung yang menghubungi polis. Menurut sumber, setakat ini siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian mangsa. "Anggota forensik masih berada di lokasi kejadian dan kita turut memanggil pasukan bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan mayat dalam sungai terbabit," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 7:43 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12309#sthash.5XnVLKHB.dpuf
Mayat dua lelaki ditemui terapung
27 November 2014
BUKIT MERTAJAM - Mayat dua lelaki dipercayai warga asing ditemui terapung dalam Sungai Kulim, di Kampung Tun Sardon di sini, hari ini.
Polis menerima panggilan pada kira-kira 5 petang oleh seorang penduduk kampung yang memaklumkan pihak berkuasa mengenai mayat berkenaan.
"Lelaki itu melalui kawasan sungai berkenaan dan ternampak satu bungkusan kain berwarna biru terapung di permukaan sungai. Beliau melihat lebih dekat sebelum ternampak ia (bungkusan) menyerupai bentuk manusia.
"Pemeriksaan polis mendapati dalam bungkusan itu ada mayat seorang lelaki. Bagaimanapun, tiada sebarang identiti ditemui bersamanya," kata jurucakap polis di sini, hari ini.
Beliau berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, polis mendapat maklumat daripada orang awam bahawa mayat seorang lelaki lagi ditemui kira-kira empat kilometer daripada mayat pertama di sungai sama.
Mayat itu ditemui dalam keadaan bogel dan terapung.
"Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada kedua-dua mayat berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
Jurucakap polis itu berkata kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.-Bernama
Last edited by GhostWalking on 27-11-2014 11:55 PM
|