CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2577|Reply: 6

Iraq bela 50,000 ‘hantu’

[Copy link]
Post time 3-12-2014 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Baghdad: Perdana Menteri Iraq, Haidar al-Abadi mengumumkan siasatan mengenai amalan rasuah kerajaan berjaya membongkar kewujudan 50,000 ‘tentera hantu’ dalam pasukan keselamatan negara itu dan berikrar untuk mengambil tindakan tegas membanterasnya.



Menurut jurucakap Haidar, Rafid Jaboori, perdana menteri membatalkan nama rekaan itu dan sedang berusaha mengatasinya.
Jumlah seramai 50,000 orang itu sepatutnya boleh membentuk hampir empat divisyen tentera.



“Selama beberapa minggu, perdana menteri menjejaki dalang yang bertanggungjawab dan mencari punca masalah,” katanya.
Rafid berkata, siasatan dimulakan dengan kiraan menyeluruh anggota tentera dalam proses pembayaran gaji terkini.
Tentera pula mengesahkan gaji mereka hanya dibayar baru-baru ini selepas dilewatkan selama dua bulan.
Mereka mendakwa tidak dimaklumkan punca kelewatan itu.




Sementara itu, sumber berkata, ada dua penipuan dilakukan dalam pasukan itu.
Pertama, katanya, seseorang pegawai misalnya dibenarkan memiliki lima pengawal tetapi dia hanya menggunakan perkhidmatan dua daripada mereka.
“Tiga lagi dibenarkan berehat dan gaji mereka diambil pegawai terbabit selepas kedua-dua pihak bersetuju mengenai peratusan yang akan masuk ke poket masing-masing,” katanya, semalam.


Kaedah kedua, kata sumber itu, membabitkan kumpulan lebih besar seperti di peringkat briged.
Katanya, komander briged biasanya mendapat manfaat daripada gaji 30, 40 atau lebih tentera yang tidak wujud atau tidak bekerja.
“Masalahnya, komander terbabit turut terpaksa merasuah pegawai atasannya dengan jumlah yang banyak untuk mengekalkan jawatan,” katanya. - AFP


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2014 05:53 PM | Show all posts
Ingatkan hantu betul2....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 01:04 PM | Show all posts
Ni hantu pasal gaji
Kat Malaysia, pengundi hantu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2014 12:15 PM | Show all posts
boyagombak posted on 4-12-2014 01:04 PM
Ni hantu pasal gaji
Kat Malaysia, pengundi hantu

dua kali lima jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 02:44 PM | Show all posts
byk sgt hantu nye pon...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 04:48 AM | Show all posts
Mcm2 cara diguna utk menipu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2014 07:46 AM | Show all posts
Taktik licik nak curi duit negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.297229 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list