CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2862|Reply: 6

Ahli Parlimen 'Ditangkap' Asyik Bermain Candy Crush Ketika Mesyuarat

[Copy link]
Post time 8-12-2014 10:44 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Mills mengakui bermain Candy Crush dan berjanji akan cuba mengelak kejadian sama berulang.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]SEORANG Ahli Parlimen di Britain dimalukan sendiri apabila 'ditangkap' sedang asyik bermain Candy Crush ketika mesyuarat mengenai isu pesara di negara itu.
[size=0.98em]Nigel Mills mengakui dia bermain satu atau dua permainan itu sedangkan dia sepatutnya mendengar fakta penting yang dikemukakan pakar dalam pertemuan antara wakil rakyat dan jawantankuasa pencen itu.
[size=0.98em]Menggunakan iPad yang diperolehnya hasil cukai yang dibayar rakyat, Ahli Parlimen Amber Valley di Derbyshire itu dilihat khusyuk merenung iPad berkenaan dan menggerakkan jarinya pada skrin untuk melengkapkan permainan popular itu.
[size=0.98em]Pada mesyuarat itu, dia bertanya empat soalan kepada pakar yang hadir termasuk mengenai langkah  untuk memperbaiki pembayaran kepada golongan warga emas sebelum menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua jam setengah untuk bermain Candy Crush Saga menggunakan iPad itu, kata seorang saksi.



[size=0.98em]Mills, 40 dipilih sebagai Ahli Parlimen pada 2010 dengan memperoleh kemenangan dengan majoriti tipis sebanyak 536 undi.
[size=0.98em]Pada Ahad, dia mengakui tidak fokus ketika menghadiri mesyuarat itu kerana asyik bermain Candy Crush.
[size=0.98em]Beliau bagaimanapun mempertahankan bahawa dia sentiasa serius dalam menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.
[size=0.98em]Andy Silverster yang mewakili pertubuhan berkaitan pembayar cukai berkata: "Pembayar cukai tidak memilih wakil mereka di Parlimen hanya untuk bermain permainan video."
[size=0.98em]Ketika memberi maklum balas berhubung perkara itu kepada The Sun, Mills berkata: "Ia adalah mesyuarat yang panjang mengenai pembaharuan berkaitan pesara yang penting dan saya memberi perhatian serius mengenai isu ini.
[size=0.98em]"Bagaimanapun, ada ketikanya saya tidak fokus terhadap apa yang dibincangkan dan bermain satu atau dua permainan itu.
[size=0.98em]"Memang saya tidak patut berbuat demikian, tetapi jika kamu memeriksa sepanjang mesyuarat itu, saya bertanyakan soalan yang dianggap penting berkaitan isu pesara. Bagaimanapun, selepas ini saya akan cuba untuk tidak mengulangi perbuatan ini."
[size=0.98em]Mills yang juga seorang akauntan adalah seorang daripada 90 Ahli Parlimen yang menerima iPad percuma untuk membantu mereka menjalankan tugas.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 01:20 AM | Show all posts
Gigihnya layan candy crush, smpai level brapa dah?

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 07:45 AM | Show all posts
Ramai jer yg ketagih main game
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 08:52 AM | Show all posts
candy crush mmg bez..haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 09:47 AM | Show all posts
eh ada lagi addict kendikras..lama dh usik game ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 11:35 AM | Show all posts
Bukan dah ada soda crush lak ke napa dia tak try
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2014 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Warghh.. aku main candy crush. Asyik lost live je. Pastu aku geram, aku tukar masa dgn tarikh sbb malas nakk tunggu. Banyak kali buat camtu. Pastu..ntah kenapa dah x boleh dah sekarang. Now i have to wait another 78904 minutes to proceed with the game.

Cisss!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.073773 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list