CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8581|Reply: 21

bangunan tinggi yang tidak berjaya

[Copy link]
Post time 9-12-2014 11:46 AM | Show all posts |Read mode
                    Inilah 10 Bangunan Paling Tinggi di Dunia Yang Tidak Berjaya Dibina
Gajah Putih.
10 bangunan yang disenarai dibawah ini merupakan Top 10 bangunan tertinggi di dunia jika ianya berjaya disiapkan seperti yang dirancang.
Selalunya, projek pembangunan terpaksa dihentikan atas beberapa faktor kritikal seperti kekurangan dana dan suntikan kewangan yang lemah, bencana alam yang berlaku secara tiba-tiba, pergolakan politik dan banyak lagi.

Jom kenali 10 bangunan ini dengan lebih dekat lagi. Bonus foto illustrasi bagi setiap bangunan jika ianya menjadi realiti.


1. Nakheel Tower
Lokasi: Dubai

Tinggi puncak bangunan ini menjangkau sehingga 1 kilometer.
Mula dibina pada tahun 2008, tetapi proses pembinaan terhenti setahun kemudian.


2. India Tower
Lokasi: Mumbai

Tapak pembinaan terletak ditengah-tengah bandaraya Mumbai, India.
Projek pembinaan dimulakan pada tahun 2010.
Sayangnya, ianya terbantut setahun selepas itu iaitu pada tahun 2011.


3. Russia Tower
Lokasi: Moscow

Kerja pembinaan terhenti pada tahun 2008.
Semenjak itu, tapak pembinaan bangunan ini dijadikan tempat meletak kenderaan bagi penduduk setempat.


4. Chicago Spire
Lokasi: Chicago

Terhenti kerana krisis kewangan yang tidak dapat diselesaikan.
Ketinggian yang mahu dicapai adalah 2000 kaki.


5. Doha Convention Center Tower
Lokasi: Doha

Salah satu cubaan Doha untuk bersaing rapat dengan jiran kaya mereka.
Tetapi turut menjadi satu kegagalan apabila projek ini terhenti pada tahun 2012.
Hanya selepas dimulakan 5 tahun sebelum itu, iaitu pada tahun 2007.


6. Burj Al Alam
Lokasi: Dubai

Dimulakan pada tahun 2009.
Dan berakhir pada tahun yang sama, berpunca daripada masalah pekerja asing.
Yang berkait rapat dengan status ekonomi Dubai ketika itu.


7. Palace of Soviets
Lokasi: Moscow

Projek ini diilhamkan sendiri oleh Joseph Stalin.
Mula dibina pada tahun 1937 dan apabila siap ianya akan menjadi bangunan tertinggi dunia ketika itu, mengatasi Eiffel Tower di Perancis.
Menjadi Gajah Putih pada tahun 1941 kerana Perang Dunia Ke-2.



8. Lam Tara Tower 1
Lokasi: Dubai

Bangunan setinggi 454 meter ini mula dibina pada tahun 2008.
Tetapi terpaksa dihentikan dua tahun kemudian (2010).
Kemungkinan besar kerana krisis kewangan.


9. Lighthouse Tower
Lokasi: Dubai

Seperti projek-projek mega yang lain di Dubai, Lighthouse Tower ini turut terabai atas faktor ekonomi.
Terhenti pada tahun yang sama ianya dimulakan, iaitu pada tahun 2009.
Jika berjaya disiapkan, ketinggian bangunan ini adalah 402 meter.


10. Fairwell International Center
Lokasi: Xiamen

Direka untuk menaikkan nama China dipersada dunia.
Malangnya pembinaannya terbantut pada tahun 1997.
Selain mensasarkan ketinggian 397 meter, tiada info lain yang dapat kami kongsikan.


Banyak cubaan negara besar dunia dalam membina bangunan tertinggi di dunia tetapi menemui pelbagai bentuk kegagalan. Sebagai rakyat Malaysia kita boleh tumpang bangga kerana negara kita yang baru meningkat naik ini sudah mampu mempunyai menara berkembar tertinggi di dunia yang sangat awesome!
Credit: Council on Tall Building and Urban Habitat (CTBUH)
sumber: the vocket

                       

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 12:11 PM | Show all posts
sampai 4 dubai. dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 12:29 PM | Show all posts
byk jugak projek yg gagal dr dubai kebanyakan mslh ekonomi...hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 12:47 PM | Show all posts
dubai pun, buat le satu2
udah ada 4 yang terbengkalai pun
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 02:04 PM | Show all posts
bukan bangunan pencakar langit ni tanda hari kiamat nak dekat ke??? I means, bile bangunan tinggi ade banyak....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 02:30 PM | Show all posts
rugi...rugi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2014 03:25 PM | Show all posts
gilo apo nak baut tinggi 1Km.... gayat ooo...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 04:50 PM | Show all posts
melampau sgt nk bina setinggi 1 kilometer


yg dubai ni semua bajet dh pegi burj khalifa kot
fokus 1 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 04:54 PM | Show all posts
membazir nye pak pak arab ni..
nak pulun buat bangunan smpai 4 skali terbengkalai..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 05:09 PM | Show all posts
bangunan tinggi2 nih fully occupied ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 05:48 PM | Show all posts
Dubai biasa la, harap2 jadi lagi kegawatan ekonomi mcm dulu.
Harga rumah dah naik melampau2 dah kat dubai ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 05:52 PM | Show all posts
1km?

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 06:42 PM | Show all posts
Kat Dubai gigih memasing nak bina yang paling tinggi.  Harap2 tak di timpa bencana gempa bumi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 10:33 PM | Show all posts
dubai ni aku rasa indon versi arab.. semua claim dia yg terbagus.. nak yg terr aje, tp habuk pun xde..

er.. indon xde ke bangunan tinggi2? kesepuluh tertinggi di dunia pun xpe dah.. kikiki.. opsss..

sebelum buat menara, baik buat flyover dlu.. eh.. sebelum buat flyover, baik beli penyapu sampah dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 01:53 PM | Show all posts
semua berlumba nk dapat title TERTINGGI
sudahnya terbengkalai
membazirnya duit
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 02:30 PM | Show all posts
membazirnye mereka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2014 01:58 PM | Show all posts
siape_aku posted on 9-12-2014 02:04 PM
bukan bangunan pencakar langit ni tanda hari kiamat nak dekat ke??? I means, bile bangunan tinggi ad ...

hihihi..btul la tu...saudi pon da ade clock tower, bangunan antara yg tinggi...dgn shopping mall berlambak...saudi kan family business yang undercover sebagai sebuah negara...

http://www.thelocal.se/20120404/40080
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 05:26 PM | Show all posts
dubai ni dulu aim dia nak jadi tempat tumpuan pelancongan dunia dan focus pada properties...bukan setakat bangunan tinggi je depa aim bina...sampai pulai buatan manusia yg paling gah pun depa buat...berbillion habis utk buat semua nih...investor semua dari europe...alih2 semua tersadai...bank2 Europe byk yg rugi besar.

sebelum 2009 dubai ni heaven la sape yg kerja sana...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 05:35 PM | Show all posts
Memang cantik bangunan2 tersebut kalau dapat disiapkan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 05:44 PM | Show all posts
Bentuk Chichago Spire ni macam gerudi. Nak gerudi langit ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.151923 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list