Keris adalah senjata kebanggaan orang Melayu. Ia sering digunakan oleh pahlawan-pahlawan pada zaman silam, seperti Hang Tuah, Tok Gajah, Rosli Dhoby dan ramai lagi. Namun pernahkah kamu terfikir, kenapa bentuk keris bengkang-bengkok, bukan lurus macam mata lembing atau pisau?
Cakap banyak tak guna, korang baca je lah kat Wikipedia. Saya pun copy paste perenggan ni dari Wikipedia, untuk bagi saya nampak pandai sikit.
Kami cuba bertanya pendapat pembaca Satrika dan mencari jawapan bagi persoalan ini. Dari 100,000 pembaca yang terpilih, ini 5 jawapan menarik yang kami perolehi:
Mengapa Keris Dicipta Bengkang-Bengkok?
Jawapan 1: “Kerana zaman dulu tak ada pembaris.”
STATUS JAWAPAN: SALAH!
Penerangan: Keris bukan hanya wujud pada zaman Hang Tuah, tetapi ia masih lagi terus dibuat sampailah ke saat ini. Zaman sekarang, jangan kata pembaris, segala bentuk teknologi untuk mengukur ketepatan pun ada. Jadi tak logiklah kalau nak kata kerana tiada pembaris; keris zaman sekarang pun masih bengkang-bengkok lagi.
Jawapan 2: “Kerana penciptanya ingin membuat sesuatu yang berseni.”
STATUS JAWAPAN: KURANG TEPAT!
Penerangan: Mungkin betul, mungkin tidak. Tiada siapa yang tahu. Keris terawal dicipta lebih 800 tahun yang lalu, jadi agak mustahil untuk kami mendapatkan kepastian samada bentuk yang bengkang-bengkok itu berunsurkan seni atau sebaliknya.
Jawapan 3: “Jika keris ditikam ke perut atau dada mangsa, rekabentuknya yang bengkang-bengkok itu akan menyebabkan saiz cedera menjadi besar dan seterusnya boleh membawa maut akibat pendarahan teruk.”
STATUS JAWAPAN: SANGAT TEPAT!
Penerangan: Bayangkan jika keris itu ditikam ke perut musuh. Bahagian yang bengkang-bengkok itu boleh menyebabkan kecederaan bertambah besar dan pendarahan teruk akan berlaku. Dan bayangkan jika ia terkena organ dalaman yang penting seperti usus, dan keris itu pula ditarik keluar dengan kasar dan cepat. Bayangkan juga jika semasa ditikam, keris itu digerudi masuk ke badan musuh. Bayangkan.
Jawapan 4: “Kerana bentuknya yang beralun itu ada Feng Shui yang baik”
STATUS JAWAPAN: SALAH!
Penerangan: Feng Shui adalah adalah ilmu topografi masyarakat Cina, manakala keris pula adalah senjata orang Melayu. Nampak tak ketidakseragamannya di situ?
Jawapan 5: “Kerana sekumpulan pemuda akan nampak gagah apabila mencium keris yang bengkang-bengkok tersebut.”
STATUS JAWAPAN: SALAH!
Penerangan: Memang benar, perbuatan mencium keris menampakkan kegagahan, tapi ini bukanlah sebab kenapa ia dicipta bengkang-bengkok. Perlu diingatkan, pada masa dahulu tiada arus parti politik yang deras macam sekarang.

SEKADAR GAMBAR HIASAN
Semoga terhibur. Ditulis oleh, yours truly - Satrika.MY
Last edited by Geng_Satrika on 12-12-2014 11:58 AM
|