Ampang: Tiga remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas memecah masuk kedai alat telekomunikasi di Taman Cahaya Ampang 2.45 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang ketika itu sedang melakukan rondaan terserempak dengan suspek sedang mengumpil pintu belakang kedai itu.
Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran polis remaja terbabit terus melarikan diri masuk ke dalam premis itu.
"Polis kemudian mengejar dan berjaya menahan mereka di tingkat tiga bangunan terbabit.
"Pemeriksaan menjumpai peralatan pecah rumah di dalam beg galas," katanya.
Khairuldin berkata, suspek turut mengaku melakukan pecah kereta Honda City di Pandan Cahaya sebelum itu.
Ketiga-tiga remaja tersebut direman selama lima hari bermula hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 12:06 PM
«»
PERALATAN pecah kedai yang dirampas polis.
http://www.hmetro.com.my/node/15659
|