CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4554|Reply: 1

Trip Kembara Ke Kunming, China — Bandar Musim Bunga Yang Perlu Anda Lawati!

 Close [Copy link]
Post time 23-12-2014 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Mungkin ada di antara anda yang ingin ke China tetapi tidak pasti destinasi yang ingin anda kunjungi. Hari ini, penulis ingin berkongsi sedikit mengenai Kunming, ibu kota Provinsi Yunnan, yang dikenali sebagai ‘Bandar Musim Bunga’ kerana iklim yang menyenangkan dan bunga di sana mekar sepanjang tahun. Cuaca di Kunming adalah sekitar 15.8 darjah hingga 23 darjah selsius sepanjang tahun dan dialek yang mereka gunakan adalah Mandarin. Kunming mempunyai sejarah lebih daripada 2,400 tahun, adalah pintu masuk Laluan Sutera terkenal yang memudahkan perdagangan dengan Tibet, Sichuan, Myanmar dan India. Ia adalah ibu negara dan bandar terbesar di wilayah Yunnan di barat daya China. Ia juga dikenali sebagai Yunnan-Fou (云南 府) sehingga tahun 1920-an.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kunming China adalah selama 4 jam sehala dengan menaiki pesawat Air Asia yang mempunyai kekerapan penerbangan sekali sehari. Pihak media telah diberi peluang oleh Air Asia untuk mengikuti pengembaraan ke Kunming untuk menjelajah bandar bunga di selatan China itu.

Pelbagai lokasi menarik di kawasan Kunming :
Jiu Xiang Scenic Region
Dikenali sebagai “Home of Karst Caves”, landskap semula jadi yang menarik dan pemandangan bawah tanah menakjubkan ini membuat Jiuxiang salah satu tempat yang paling cantik yang perlu anda lawati jika berada di Kunming. Anda boleh ke sini dengan menaiki bas kira-kira 2 jam dari bandar Kunming. Ianya mempunayi lebih 100 gua yang menakjubkan yang dibentuk kira-kira 600 juta tahun yang lalu.

Yunnan Stone Forest
Dikenali sebagai salah satu tarikan yang paling popular di Kunming, set yang menakjubkan ini adalah pembentukan batu kapur muncul daripada tanah, mewujudkan ilusi hutan yang diperbuat daripada batu. Pelawat boleh berjalan di sekitar hutan batu ini untuk merasai pengalaman yang berbeza dan merasa lebih dengan dengan alam semulajadi. Memang kita tidak dapat melihat pemandangan indah ini di tempat lain.
Dongchuan Red Land
Kawasan tanah merah Dongchuan adalah destinasi baru pelancongan berhampiran Kunming, terletak lebih kurang 250km dari timur laut Kunming. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 4 jam dengan menggunakan bas. Terdapat pelbagai pilihan hotel yang selesa yang boleh anda sewa tatkala ingin bermalam di sini. Kawasan di sini dikenali sebagai Red Land kerana tanahnya yang merah seolah-olah disusun cantik bertingkat-tingkat dan amat dicintai oleh jurugambar profesional. Ianya amat unik dan berbaloi untuk dilawati.
Masjid Yongning di Kunming
Masjid ini terletak berhampiran dengan Jinmabiji Square iaitu kira-kira 5 minit berjalan kaki. Masjid ini mempunyai 3 tingkat iaitu ruang makan di tingkat bawah dan juga ruang untuk bersolat di tingkat dua dan tiga. Hidangan mee dan juga pau amat popular di sini, jadi jangan lepaskan peluang kerana semua makanan di sini adalah halal.
Jinmabiji Square
Nama tempat ini diambil daripada dua pintu masuk utama, Jinma dan Biji, kuda emas dan jed ayam jantan, yang berdiri megah di kawasan ini. Terletak di tengah-tengah bandar Kunming, ia menjadi tumpuan warga kota untuk membeli-belah serta bersantai. Tips : Terdapat pelbagai kedai menarik di Nanping Business Gate yang menawarkan pelbagai barangan serta terdapat pasar pagi untuk membeli cenderamata buat yang tersayang.
Daguan Park
Daguan Park merupakan lokasi di mana acara tahunan dan keraian diadakan secara besar-besaran di Kunming. Terdapat banyak burung camar di sini dan juga tasik untuk memancing, pavilion, bunga-bungaan dan terletak berhampiran dengan Western Mountain.
Western Mountain
Dari sini, anda boleh melihat kecantikan Bandar Kunming dari atas bukit yang boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki ( perjalanan pergi balik sekitar 3 jam ) atau menggunakan perkhidmatan bas dan juga cable car yang disediakan. Di sini anda boleh melihat pelbagai kuil Buddha yang cantik dan terpelihara keindahannya. Western Mountain ini terhasil dengan gabungan 5 gunung berbeza iaitu Biji Mountain (碧鸡山), Binao Mountain (碧蛲山), Huating Mountain (华亭山), Taihua Mountain (太华山) dan Luohan Mountain (罗汉山).
Haigeng Park
Bagi yang sukakan burung camar, anda boleh melihat berpuluh ribu camar terbang besar di tepi tasik. Anda juga boleh memberikan burung-burung ini makan dan bergambar dengannya. Memang indah sekali!
Yunnan Nationalities Village
Perkampunngan Yunnan Nationalities Village ini tidak tumpah seperti Kampung Budaya di Sarawak. Ia mempamerkan budaya dan adat resam bagi semua kumpulan etnik di Wilayah Yunnan yang mempunyai kira-kira 26 jenis etnik berbeza termasuklah Bai, Dai dan Yi. Ia terletak di pantai utara Tasik Dian dan menduduki kawasan seluas 7,500 ekar di mana pengunjung boleh mengalami musim bunga sepanjang tahun. Dengan iklim yang menyenangkan, nyanyian burung dan bunga yang mewangi, landskap semulajadi dan adat resam etnik bergabung ke dalam satu sama lain. Di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti melihat persembahan menarik, membuat kraftangan, flying fox dan banyak lagi. Di hadapannya pula terdapat berpuluh kedai menjual cenderamata dengan harga yang boleh tawar-menawar.
Jika anda ke Kunming, anda boleh melihat persembahan ‘Dynamic Yunnan’ di Kunming Conference Hall yang mempamerkan persembahan mengenai etnik dan budaya 26 kaum di Yunnan. Yang menariknya, kebanyakkan yang terlibat dalam persembahan ini adalah daripada kaum itu sendiri yang dilatih sejak kecil. Persembahan ini terdiri daripada prolog, 4 acts (matahari ,tanah, air , bumi dan hijrah) dan persembahan istimewa, Spirit of Peacock.
Makanan
Pelbagai hidangan halal yang boleh anda makan di sini kerana penduduk Kunming, ramai juga yang beragama Islam. Terdapat pelbagai restoran Muslim popular di sini contohnya Yihuiyuan Restaurant, Wanhaoyuan Restaurant atau pergi saja ke masjid Shuncheng yang terletak di tengah-tengah bandar Kunming.
Penginapan
Kami tinggal di Kunming Hotel yang terletak di bandar Kunming. Memang bagus perkhidmatan yang disediakan dan jika anda ingin ke bandar Kunming untuk membeli-belah, hanya perlu 5-10 minit saja masa berjalan kaki dari hotel ini.
sumber:wanista.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 09:34 PM | Show all posts
Kan dah ada thread Kunming. Kenapa nak buka lagi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.045869 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list