Alkisahnya ada seorang wanita yang cantik bernama Che Tah. Che Tah telah berkahwin ngan Tarzan dan dikurniakan seorang anak bernama Ecah. Pada suatu hari Che Tah telah mewarisi kebun yang luas daripada neneknya. Maka berangan-anganlah Che Tah ngan suaminya Tarzan tanaman apakah yang bakal ditanam oleh mereka kelak. Che Tah telah mendapat idea untuk menanam pokok durian ngan pokok kelapa kat kebun dia nanti. Nanti bila dah berbuah bolehlah Che Tah ngan suaminya Tarzan jual hasil buah mereka di tepi jalan nanti. Untuk mencapai cita cita mereka berdua mereka mulalah menanam pokok durian separuh ngan pokok kelapa separuh di kebun Che Tah itu. Persoalannya disini tanaman manakah yang mengeluarkan hasilnya dahulu?