View: 2106|Reply: 6
|
[Tempatan]
Pray for Balik Pulau
[Copy link]
|
|
BALIK PULAU: Seorang lelaki cedera apabila kereta dipandunya dihempap pokok tumbang, manakala beberapa rumah dilapor mengalami kerosakan selepas beberapa kawasan sekitar daerah ini dilanda ribut, sebentar tadi.
Lelaki disyaki berusia lingkungan 30-an itu dikejarkan ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut, bagaimanapun status kecederaan dialami mangsa tidak dapat dipastikan.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam dan berlarutan sehingga 11 malam itu turut menyebabkan pokok tumbang di sekurang-kurangnya sembilan lokasi dengan paling teruk di Jalan Tun Sardon, di sini.
Lokasi lain yang terjejas termasuk Jalan Sungai Pinang, Jalan Pondok Upeh, Jalan Titi Teras dan Jalan Sungai Pinang.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, ketika dihubungi mengesahkan sekurang-kurangnya 10 rumah kediaman mengalami kerosakan dalam kejadian itu.
"Sehingga kini kerja pembersihan dan pemotongan pokok tumbang sedang dijalankan pihak bomba untuk mengelak lalu lintas terhalang," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tulah hampa ketegaq sangat nk berpesta watpa satlg tinggai celepa |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap negeri skang ada musibah..x leh kata mengata... |
|
|
|
|
|
|
|
Putrajaya je masih belum masuk berita, nampaknya putrajaya aman damai saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut terasa angin kuat sgt tadi, harap-harap kat Langkawi tak ada apa-apa kerosakan |
|
|
|
|
|
|
|
bobby2008 replied at 30-12-2014 02:00 AM
Putrajaya je masih belum masuk berita, nampaknya putrajaya aman damai saja.
melaka pun aman aman adja? |
|
|
|
|
|
|
| |
|