Menjalankan IVF dengan tubuh badan yang lemah mungkin boleh menjejaskan kesihatan anak anda kelak
"Alangkah cerianya laporan ujian analisa air mani suami ada kemajuan, paras hormone dan keadaan badan saya juga diperbaiki. Biarpun tidak hamil dalam tahun-tahun kebelakangan ni, tapi saya tahu Dr Hng sudah banyak membantu kami, kami akan terus berjuang,tak akan mensia-siakan usaha Dr Hng. Kalau tidak dapat hamil secara alami, kami pasti tak akan pilih rawatan IVF.” ujar Puan Wong.
Puan Wong tidak akan mempertimbangkan terhadap rawatan IVF atau IUI disebabkan 2 orang saudara-maranya yang membuat rawatan IVF telah mengalami kesulitan dalam melahirkan dan membesarkan anak.
Walaupun akhirnya mereka berjaya melahirkan seorang bayi yang comel masing-masing selepas menempuhi tempoh kesusahan rawatan IVF 2 kali dan kelihatan tidak menimbul banyak perbezaan dengan bayi normal.Akan tetapi apabila anak mereka menjelang usia 7,8 tahun, kedua-dua “bayi IVF” itu mula mengalami perubahan fisik yang mana mereka berbadan kurus dan sentiasa jatuh sakit.
Justeru,anak yang kerap jatuh sakit telah menyebabkan kedua-dua keluarga ini berada dalam keadaan yang kerap dibayangi dengan kerisauan. Kebanyakan masa telah digunakan untuk membawa anak ke klinik selain dari masa kerja.
Kehidupan saudara -mara Puan Wong kerap dibayangi dengan kegelisahan dan kesibukan, Mereka mengata benar bahawa sudah tidak tertahan dengan keadaan ini dan menyesal tidak menerima nasihat orang tua yang mana perlu memelihara kesihatan badan sebelum membuat rawatan IVF. Biarpun rawatan IVF berjaya, tetapi melahirkan anak yang lemah dan mengambil ubatan sejak kecil lagi. Apa daya?
“Ya, kami memang harap beranak, tapi mau seorang anak yang sihat dan cerdas. Kami mahu memberikan kebahagiaan hidup dan badan yang sihat kepada dia. Bukan badan yang lemah dan ubatan-ubatan. Ini akan menyebabkan dia menghadapi kesusahan apabila membesar kelak.Bayangkan kalau dia sentiasa jatuh sakit, macam mana nak cari kerja biarpun kerja biasa.” Puan Wong berkata. “kalau sudah tahu tidak memelihara keadaan badan sebelum membuat rawatan IVF akan dapat kesudahan ni, kenapa masih mau buat pilihan ni? ” kata hati Puan Wong ini menunjukkan dia merupakan seorang ibu yang berakal budi dan arif.
Secara lazimnya, sekiranya ibubapa tidak m emperbaiki keadaan badan sebelum membuat rawatan IVF atau hamil secara alami,ia akan membawa kesan negatif terhadap kesihatan bakal bayi malah menjejaskan kehidupan dan karakternya sepanjang hayat.
Keluarga yang beranak badan lemah akan memahami pelbagai rintangan dan kegelisahan yang terpaksa ditanggung dan ditempuhi. Kerisauan terhadap masa depan anak akan bersarang di minda ibubapa. Apa yang boleh diberi oleh ibubapa terhadap anak ialah meluangkan lebih masa untuk menemani dan memberi segala kasih-sayang terhadap anak, harap agar dia dapat membesar dengan lebih berkeyakinan dan bergigih.
Pendek kata,anak yang dilahirkan selepas memelihara keadaan badan melalui rawatan rapi akan lebih cergas dan cerdas. Tubuh badan yang sihat dan otak yang cerdas membawa kepada perkembangan karakter yang sempurna. Perkembangan fizikal dan mental yang sempurna pula akan menjamin masa depan anak.
Sebenarnya, jika anda berdua merupakan pasangan yang perlu menghamil dengan bantuan rawatan IVF, asalkan anda berdua memelihara tubuh badan dengan baik , peluang untuk melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Anda dinasihati jangan abaikan dan korbankan kesihatan anak anda kelak.
Untuk maklumat kesihatan kesuburan , sila layari :
https://www.facebook.com/notes/l ... ata/885497114828806
|