View: 4745|Reply: 40
|
[Dunia]
Bunuh diri kerana tak pandai bahasa English
[Copy link]
|
|
Seoul: Mahkamah Agung memutuskan keluarga pekerja yang membunuh diri selepas mengalami kemurungan disebabkan tidak berupaya belajar bahasa Inggeris berhak mendapat pampasan.
Mahkamah mengetepikan keputusan mahkamah rendah yang tidak mengiktiraf kematian lelaki itu, dikenali sebagai Oh, sebagai kemalangan industri dan memutuskan dia berhak menerima pampasan daripada kerajaan.
Keluarga lelaki itu memfailkan saman ganti rugi kepada kerajaan selepas Oh melompat dari bangunan tingkat 10 di Yeouido, Seoul ketika minum kopi bersama dua rakan sekerjanya pada 29 Disember 2008.
“Oh membunuh diri kerana murung akibat gagal melaksanakan tugas yang memerlukan kefasihan berbahasa Inggeris.
“Keputusan mahkamah rendah terkhilaf apabila gagal melihat kaitan tindakannya itu dengan tekanan akibat kerja,” kata penghakiman itu.
Oh bekerja sebagai pengurus di syarikat pembinaan tempatan. Pada Julai 2008, dia ditawarkan pergi ke Kuwait bagi memantau pembinaan kilang minyak.
Dia mendapati semua urusan perniagaan harus menggunakan bahasa Inggeris menyebabkan dia mula murung.
Kemurungannya semakin teruk selepas syarikat menghantar dia membuat lawatan awal 10 hari pada Oktober.
Dia mendapat rawatan perubatan dari pelbagai institusi sejak Julai, dan didiagnosis sebagai mengalami ‘kemurungan yang teruk’ yang mengakibatkan sakit dada, kesukaran tidur, sakit perut dan cirit-birit.
Menurut catatan doktor: “Dia mengalami tekanan hebat kerana tidak pandai berbahasa Inggeris dan bimbang kekurangannya itu merosakkan kerjayanya, imej syarikat dan reputasinya sendiri.”
Lima bulan kemudian, dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus, tetapi menolak kerana tidak mampu berbahasa Inggeris. Dia tidak dihantar ke luar negara sebaliknya diminta berpindah ke pejabat lain bermula 1 Januari 2009.
Sehari sebelum dia membunuh diri pada 28 Disember 2008, Oh memberitahu isterinya dia hilang keyakinan dan berkata, “Ketua jenis apa saya ini? Saya mahu mati. - Agensi
http://www.hmetro.com.my/node/27746
|
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah ramai korean datang Malaysia semata mata nak hantar anak dia orang belajar kat sekolah international. Mak jaga anak kat msia, ayah kerja kat Korea. |
|
|
|
|
|
|
|
Youths kat korea dh ramai pandai english...siap accent lg..tp masalah org2 tua korea la..tak pandai english walaupon depa ni pengarah pengurus syarikat bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
pegi la belajar, kenapa sampai bunuh diri pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang sampai kiamat tak pandai bahasa Inggeris. Kebimbangan punya pasal sampai jalan penyelesaian tak pernah nak dicari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya... Dia smpi ckp mcm tu kat bini dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
korea dtg malaysia suka main golf.. |
|
|
|
|
|
|
|
siti nurhaliza pun tak pandai2 speaking berjaya je jadi dato |
|
|
|
|
|
|
|
Pindah lah kat uk ke usa ke. Bergaul dgn org sana. 6 bulan mesti berabuk speaking. |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada dia bunuh diri baik la pergi belajar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak pandai belajar le orang Jepun lagi ramai yang tak pandai berbahasa inggeris relax je. |
|
|
|
|
|
|
|
datang lah malaysia. kita ade rancamgan oh my english |
|
|
|
|
|
|
|
Oh My Mr Middleton
|
|
|
|
|
|
|
|
bodo punya kompeni, antarla staff pi train dlu bahasa english.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa geng2 ni suka bunuh diri ek? Aiyooooo. Tak boleh blajar ke dik. |
|
|
|
|
|
|
|
porummer CI yang tak pandai inggerish bila nak bunuh diri
sebelum terjun tu sila post 'porummer jenis apakah aku ini....'
|
|
|
|
|
|
|
|
Omaigad!! Dis is teribel!! kita ada Aunty English sila la sapskraib |
|
|
|
|
|
|
|
keyword dia bergaul.
kalau pergi setakat duduk serumah kawan senegeri senang nak makan budu katanya (contoh k ) jgn haraplah nak berabuk kan....
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak analyse deeper ini natijah budaya korporat korea yang melihat prestasi kerja itu seperti matlamat hidup.
you fail at one, you fail in life katanya....
tu pasal mahkamah pun kata ini 'salah' majikan dan layak dapat pampasan....
|
|
|
|
|
|
|
|
O i see. Dia fikir jauh sangat. Distorted perception. |
|
|
|
|
|
|
| |
|