CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1858|Reply: 4

[Tempatan] Ikan keli di pasar di Terengganu diragui status halalnya

[Copy link]
Post time 2-2-2015 04:28 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Orang ramai di Terengganu dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika membeli ikan keli di pasar-pasar negeri ini bagi mengelak mendapatkannya daripada sumber yang diragui kehalalannya.

Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, ketika ini terdapat banyak lambakan ikan keli dari pantai barat yang dijual di sini dengan harga yang murah tanpa diketahui sumber halal dan haramnya ikan itu.

"Biarlah kita tahu dari mana ikan-ikan itu, halal haramnya dan tahap kebersihannya. Ini kerana kita sedia maklum terdapat ikan keli yang dipasarkan bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang status halal haramnya ikan berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-73 yang bersidang pada April 2006 memutuskan bahawa ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seupamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan itu sengaja dipelihara dalam air najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

Abdul Khalil berkata, kesan dari lambakan ikan keli itu menyebabkan penurunan harga ikan keli di pasaran negeri ini serta menjejaskan kehidupan penternak hidupan itu yang turut mengalami kerugian.

Sebelum ini, seorang pengusaha ikan keli terbesar di Terengganu, Zakaria Harun, yang memiliki sijil halal ternak keli, mendakwa banyak penternak ikan keli di negeri ini mengalami kerugian ekoran lambakan ikan itu yang dijual dengan harga serendah RM3 sekilogram. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 04:34 PM | Show all posts
Memang suka sangat makan ikan keli, lepas ni kena berhenti dulu makan.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 05:56 PM | Show all posts
SENANG JE NAK KENAL YANG MANA SATU HALAL ATAU HARAM..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 06:11 AM | Show all posts
adalah haram dimakan sekiranya ikan itu sengaja dipelihara dalam air najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.
kalu tukang pelihara perangai sebagainya...haram tak....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Lol sekarang ni ikan pon kena cek halal harom jugak kah?Ikan kat laut makan bangkai harom jua kah?ikan makan kat london ade cek jugak ka diberi makan babi ka apa ka? Ummah meleis gi obersea suka ria je makan kat kedai walau xde sijil jakim.nak kena cuci darah ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.039718 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list