CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2126|Reply: 4

[Dunia] ‘Power Rangers’ dituduh bunuh rakan dengan pedang

[Copy link]
Post time 2-2-2015 07:48 PM | Show all posts |Read mode
‘Power Rangers’ dituduh bunuh rakan dengan pedang
[size=17.6000003814697px]
[size=17.6000003814697px]
Ricardo Medina Jr didakwa bunuh rakan serumah dengan pedang. -Foto telegraph.co.uk/Getty Images


[size=17.6000003814697px][size=17.6000003814697px]LOS ANGELES, 2 Februari :
Seorang pelakon yang memainkan watak sebagai Power Rangers ditahan kerana didakwa membunuh rakan serumahnya dengan pedang.
Ricardo Medina Jr, 36, telah menghubungi pihak polis sendiri selepas kejadian, di mana Joshua Sutter,36 didapati telah meninggal dunia akibat ditikam.
Polis di Los Angeles yang dipetik dari portal telegraph.co.uk berkata, kedua-dua suspek dan mangsa didapati bertengkar dan Medina berundur ke bilik tidur bersama teman wanitanya.
Sutter kemudiannya dilaporkan masuk ke biliknya dan Medina dikatakan menggunakan pedang yang disembunyikan di sebalik pintu untuk menikam mangsa di bahagian perut.
Pertengkaran itu berlaku pada pukul 4 petang (waktu tempatan) pada Sabtu, dan disaksikan oleh teman wanita Medina.

Sutter dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia, tidak lama sejurus tiba.
Jurucakap pihak berkuasa Los Angeles berkata, “Pada petang kejadian tersebut, kedua-duanya terlibat dengan pertengkaran, yang bertukar menjadi perbalahan fizikal.”
“Suspek telah menghubungi 911, tidak berganjak dari lokasi kejadian, dan kemudiannya disoal siasat oleh detektif.”
Polis juga berkata Medina dibenarkan ikat jamin sebanyak $1 juta.
Medina memainkan peranan sebagai Power Rangers Merah dalam siri popular ‘Power Rangers Wild Force’ pada 2012, dan juga pernah muncul dalam siri televisyen ER dan CSI:Miami.

[size=17.6000003814697px]
TRP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes x bayar sewa rumah gamaknya kot.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 01:51 PM | Show all posts
Punya la bangang.
Power Ranger Wild Force tahun 2002.
Tahun 2012, Ricardo Medina Jr pegang watak villain Deker dalam Power Ranger Samurai/Super Samurai.
Get your fact right!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 02:06 PM | Show all posts
aku igtkn kes muhdaleya la tadi

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 02:57 AM | Show all posts
iouls suka power rangers
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.044298 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list