View: 11720|Reply: 53
|
[Jenayah]
Pelajar Terlampau Cuba Mengayat Budak Umur 12 Tahun Dengan Gambar Lucah.Gitew??
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Seorang pelajar lelaki ‘terlampau’ cuba menggoda murid perempuan berusia 12 tahun dengan menghantar pelbagai gambar lucah ke telefon pintar mangsa.
Suspek yang juga pelajar sekolah menengah itu dikesan sengaja menghantar gambar kemaluan lelaki dan wanita itu menggunakan aplikasi WheChat selepas berkenalan dengan mangsa.
Tindakan itu bagaimanapun disedari oleh ibu mangsa selepas memeriksa telefon pintar milik anaknya itu, kelmarin.
Wanita terbabit kemudian menghubungi penganalisis jenayah Kamal Effendi Hashim bagi mendapatkan pandangan sebelum disarankan membuat laporan polis berhubung tindakan suspek remaja itu.
Kamal berkata, tindakan pelajar lelaki salah sebuah sekolah menengah di ibu kota itu amat menjijikkan berikutan usianya yang masih mentah.
“Berdasarkan pemeriksaan pada telefon bimbit itu, suspek yang berusia 15 tahun terbabit turut menulis perkataan melampau ‘dulu aku bukan cinta kau sangat! aku hanya bernafsu dengan kau sahaja’.
“Kata-kata lucah itu diselitkan bersama tiga keping gambar ‘panas’ itu dianggap satu bentuk serangan dan jenayah seksual. Perkara ini amat menakutkan dan membuktikan golongan remaja kini mudah terdedah dengan pelbagai gejala tidak sihat,” katanya.
Menurutnya, kes seumpama itu boleh disiasat mengikut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Kejadian seumpama ini bukan lagi kes terpencil berikutan semakin ramai pelajar sekolah terdedah dengan gangguan atau serangan seksual melalui pelbagai aplikasi sama ada WeChat atau WhatsApp.
“Sebagai contoh, seorang murid perempuan berusia 12 tahun pernah menjadi mangsa perkosa seorang lelaki berusia 27 tahun di Pantai Remis, Manjung, Perak November tahun lalu selepas berkenalan melalui aplikasi WeChat,” katanya.
Menurutnya, kejadian sama turut menimpa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berasal dari Chukai, Terengganu apabila diperkosa teman lelaki dan tiga lelaki lain Julai tahun lalu.
“Mangsa dikatakan baru berkenalan dengan suspek berusia 22 tahun melalui laman sosial WeChat.
“Saya menasihatkan golongan remaja terutama perempuan supaya tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol,” katanya.
Kamal berkata, ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak-anak dan memastikan kandungan di dalam telefon bimbit atau pintar anak mereka.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 7:11 AM
http://www.hmetro.com.my/node/28444
|
|
|
|
|
|
|
|
Selayak dik..masuk juvana |
|
|
|
|
|
|
|
“Sebagai contoh, seorang murid perempuan berusia 12 tahun pernah menjadi mangsa perkosa seorang lelaki berusia 27 tahun di Pantai Remis, Manjung, Perak November tahun lalu selepas berkenalan melalui aplikasi WeChat,” katanya.
mohon kerat please anu lelaki ni. 12 thn kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Kecik2 da buas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah pd ibu mangsa yg alert... Salu2 la cek hp anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
bagus tindakan check handphone anak2.. takut nye aku ngn budak2 skang.. |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya ke JUVANA ni sex idiots |
|
|
|
|
|
|
|
Suspek yang juga pelajar sekolah menengah itu dikesan sengaja menghantar gambar kemaluan lelaki dan wanita itu menggunakan aplikasi WheChat selepas berkenalan dengan mangsa. wechat ni kena install dulu kan
bukan memang tersedia ader dalam hp
kenapa lah budak 12 tahun dah ader wechat bagai
untuk apa ja
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kamal berkata, tindakan pelajar lelaki salah sebuah sekolah menengah di ibu kota itu amat menjijikkan berikutan usianya yang masih mentah."
Abis tu kalo dia dah tua kuranglah jijiknya.
Budak pompuan pun suka melayan. Nasib baik mak pak dpt kesan. Kalo x free ilang dara. |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia makin menakutkan...... |
|
|
|
|
|
|
|
block je la ape susah
ntah2 melayan |
|
|
|
|
|
|
|
x pyh ada we chat ni. dah mcm version Mirc plak. |
|
|
|
|
|
|
|
wicat ni memey celake..dah mcm tmpt penyangap2 mencari mangse |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 4-2-2015 09:04 AM
wechat ni kena install dulu kan
bukan memang tersedia ader dalam hp
Mak ayah sekarang lah terlampau cerdik pergi download kan. Siap buatkan acc fb, insta.. Nak buat ape lah budak sekolah afa smart fon bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah emak tu dah g report
kurang2 budak lelaki tu boleh kena warning
cuma kan lebih elok mencegah ..
masa belikan anak tu hp
bagitau sesiap apa boleh apa tak boleh
lagi baik tak yah beli
|
|
|
|
|
|
|
|
Extralink replied at 4-2-2015 09:20 AM
Mak ayah sekarang lah terlampau cerdik pergi download kan. Siap buatkan acc fb, insta.. Nak buat a ...
Rasanya bkn mak ayah yg install aplikasi tersebut. Skrang ni suma dihuju g jr. Kalo pernah gi cc cap ayam yg budak2 sekolah masuk x pakai uniform sekolaj dan sgt bising keadaannya, cuba jeling. Mesti salah sorang tgh lyn porn site. |
|
|
|
|
|
|
|
x bli kn slh..bli kan pon salah.. |
|
|
|
|
|
|
|
pergh!!..nie laa masalah teknologi disalahguna...... |
|
|
|
|
|
|
|
kecik2 dh pakai smartphone...curlast ko dik |
|
|
|
|
|
|
|
jadi pantaulah anak2....selalulah check telefon pintar mereka |
|
|
|
|
|
|
| |
|