Kota Bharu: Walaupun tujuh kali gagal temu duga Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) sebelum ini, namun ia tidak mematahkan semangat Saifullizam Othman, 24, untuk terus mencuba nasib dengan menghadiri temu duga berkenaan.
Menurutnya, minat dan dorongan ibu bapa menyebabkan dia terus mencuba nasib untuk menjadi seorang anggota SSPDRM. Katanya, dalam sesi temu duga sebelum ini, dia menghadapi masalah berat badan berlebihan menyebabkannya gagal.
“Sejak hari itu, saya bertekad mengawal pemakanan dan bersenam sebagai persediaan menghadiri temu duga hari ini (semalam). “Walaupun sekarang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat di sini, saya yakin dapat memberikan komitmen jika terpilih,” katanya ketika di temui di sini.
Seorang lagi calon, Norsalwani Mohamad, 21, berkata, minat mendalam terhadap drama bersiri Gerak Khas mendorongnya mencuba nasib dalam temuduga SSPDRM.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29797#foto
|