View: 1944|Reply: 10
|
[Tempatan]
Kualiti air laut di Selat Melaka merosot
[Copy link]
|
|
LANGKAWI - Kajian awal kumpulan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati tahap kualiti air laut di perairan Selat Melaka merosot dan memberi kesan kepada kehidupan marin di kawasan sekitarnya.
Naib Canselor UMT, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, kajian itu dibuat semasa Ekspedisi Saintifik Selat Melaka yang berjalan sejak Januari lepas.
Bagaimanapun, kajian kualiti air laut serta kajian berkaitan di bawah ekspedisi itu akan hanya berakhir 5 April ini, katanya pada sidang media sempena pelancaran Program Rakan Alam Marin UMT di sini hari ini.
Ibrahim berkata, adalah tidak sesuai untuk membuat kesimpulan mengenai punca-punca penurunan kualiti air laut pada peringkat ini.
Sebelum ini, Program Rakan Alam Marin UMT dirasmikan oleh Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Putri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Cemana nk cari geragau pasni nk buat cencalok? |
|
|
|
|
|
|
|
UMT kata selat melaka.
.Esok lusa USM Pineng kata laut cina selatan.
Apa kata korang jaga laut negeri memasing. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 2-3-2015 09:51 AM
UMT kata selat melaka.
.Esok lusa USM Pineng kata laut cina selatan.
Penang kata laut dia tercantekkkk...ada brannn???
|
|
|
|
|
|
|
|
honeybee1802 replied at 2-3-2015 09:53 AM
Penang kata laut dia tercantekkkk...ada brannn???
Laut Pineng celah mana tu...? |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat Pineng
|
|
|
|
|
|
|
|
Negeri makanan terlezat mestilah seiring dengan gelaran laut yang cantik.
.... walopun pantai berkerak air kelodak. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 2-3-2015 10:41 AM
Negeri makanan terlezat mestilah seiring dengan gelaran laut yang cantik.
.... walopun pantai be ...
Ptt la sodap dan lazattt...perisa tambahan semulajadi di pineng |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan lumba lumba pun penah singgah Pineng. Bangga laa sekejap kawan sorang tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|