View: 1603|Reply: 1
|
[Dunia]
Loji nuklear tertua Perancis ditutup
[Copy link]
|
|
PARIS - PERANCIS. Perancis menutup loji nuklear tertua di negara itu berikutan masalah teknikal dihadapi.
Menurut laporan PressTV, syarikat utiliti elektrik Perancis dalam satu kenyataan berkata, pengeluaran tenaga di kilang Fessenheim itu terpaksa dihentikan selepas berlaku kerosakan paip di ruang mesin, Sabtu lalu.
"Kakitangan stesen sedang berusaha mencari punca sebenar kejadian. Kilang terletak di sempadan Jerman dan Switzerland itu bagaimanapun tidak menempatkan bahan nuklear," menurut syarikat itu.
Difahamkan, insiden itu berlaku dalam satu unit pengeluaran, seperti kejadian sama pada 9 April apabila kebocoran dikesan dalam paip bekalan air.
Sebelum ini, media tempatan meletakkan prestasi kilang berkenaan dalam perhatian selepas Presiden Perancis Francois Hollande berjanji untuk menutupnya tahun depan.
sumber:sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
| |
|