View: 9238|Reply: 38
|
Perselisihan Faham Lapan Tahun Hans Isaac Dan AC Mizal Berakhir
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Perselisihan faham yang tercetus sejak lapan tahun lalu antara pelakon dan penerbit Hans Isaac dan pengacara Datuk AC Mizal berakhir apabila mereka setuju bersatu semula dalam pementasan teater adaptasi daripada filem Baik Punya Cilok yang akan dipentaskan pada 25 April hingga 1 Mei depan di Panggung Sari, Istana Budaya.
Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 44, berkata, mereka berdua sudah pun melupakan perkara yang sudah lama berlaku dan menganggap ia sebagai tindakan yang kurang matang.
"Kami tidak pernah berhubung selepas perselisihan faham terjadi iaitu kira-kira lapan tahun lalu yang mana kedua-dua ketika itu tidak matang lagi.
"Ketika Afdlin datang dengan idea untuk mementaskan teater daripada filem ini saya bertanya pendapat dia dahulu untuk berbaik semula dan mengajak AC bersama kami dalam pementasan ini dan dia sangat menyokong perkara itu," ujarnya kepada mStar Online.
Hans ditemui pada sidang media pementasan teater Baik Punya Cilok yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya, pada Khamis.
Perselisihan faham berlaku antara kedua-dua artis ini ketika menjayakan teater Cuci The Muzikal 2 pada 2010 apabila Hans memecat AC Mizal selepas pengacara itu melanggar kontrak selama tiga tahun dengan produksi teater tersebut.
Dalam pada itu, Hans berkata, dia kini berpengang kepada prinsip untuk memaafkan dan tidak mahu bermusuhan dengan orang lain sejak dua tahun lalu.
"Sejak dua tahun lalu saya sudah mula berpengang pada prinsip tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa tidak kiralah sama ada orang itu suka atau tidak pada saya.
"Di atas prinsip ini sudah tiba masanya untuk saya bertemu AC dan kami berbincang. Tambahan Awie dan Afdlin memberi sokongan. Filem ini sudah pun sepuluh tahun dan kami ingin imbau kembali kenangan itu bersama peminat melalui teater," katanya.
Sementara itu, AC berkata, dia terharu dengan sikap pelakon itu yang sanggup merendah diri dengan menghubunginya semula bagi meminta maaf dan perbaiki hubungan persahabatan mereka.
Katanya, dia sudah memikirkan perkara yang sama, namun berasa ragu sama ada pelakon tersebut ingin berbaik semula dengannya atau tidak.
"Pada mulanya saya terfikir sama ada Hans sudi untuk berbaik semula selepas apa yang berlaku. Namun, saya bersyukur dia sendiri mempunyai rasa yang sama untuk kami berbaik semula," ujarnya.
Selain, Hans dan AC, pelakon utama dalam filem tersebut seperti Afdlin Shauki dan Awie turut menjayakan teater yang akan dipentaskan pada 25 April sehingga 1 Mei nanti di Istana Budaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau pun depa bergado gado...
Elokla dah berbaik...umo pun dah makin menua bukan muda lagi |
|
|
|
|
|
|
|
bile pulok dorg gaduh.... |
|
|
|
|
|
|
|
wartawan ni reti kira ker
start gaduh 2010, berbaik 2015, lapan tahun ker tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Motipppp iols xtahu hans-ac gaduh?? Ketinggalan sungguh meols |
|
|
|
|
|
|
|
iols pun tak tau.
nampak sangat tak ambik tau hal theyols
|
|
|
|
|
|
|
|
gado time buat teater cuci musical kan? |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah dah berbaik wlupun iols tak tau dorang gaduh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SyaAnis at 5-3-2015 05:47 PM
memang ade kan gado2 dlu??
Kurang komitmen? Hanya AC Mizal yang boleh jawab!
AC & Hans perang dingin?
aku pun tak tau mana satu yang betul, ni la kot antara penyebab..
terkejut gak sebab ada gambar latest dorang berempat, awie-afdlin-hans-ac..
sebab setau aku hans-ac ada krisis sikit..
rupanya dah bermaaf-maafan..
bagusla gituh..
|
|
|
|
|
|
|
|
gaduh pasal AC bukak booth gelang kt istana budaya masa teater cuci the muzikal |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 8 tahun ek?
Hepi aniverseri.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols suka cter baik punya cilok tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Booth gelang propa punya pasal seingat iols tp details tak hafal. Bukan wikipedia porem cari |
|
|
|
|
|
|
|
Yup...gadoh sb ac kiok nak bukak table jual gelang (heols kan tokey gelang time tu) kat lobi istana budaya time cuci the musical tp hans x kasi
|
|
|
|
|
|
|
|
Gado2 pn esok2 jumpa jugak
Bkn beso pn industri pilem Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
betul. wartawan sengal, editor pun sengal.
tapi kalau quote tu verbatim dr hans, hans pun sengal x reti bilang
|
|
|
|
|
|
|
|
Apedaaa.. Bila nak buat film lg? Afdlin shauki ni klu buat film mmg best kretip citer dia. |
|
|
|
|
|
|
|
meols speku reporter yg bengap x faham statement hans "filem cuci pun dah 10 tahun" ... walhal ac-hans gaduh masa TEATER cuci the musical 5 thun lepas
pelakon plak, kalau refer bila diorg last belakon filem..mesti refer tahun pembikinan bukan tahun tayangan... hans ckp filem cuci dah 10 tahun pun x berapa nak tepat, filem tu klu x silap meols shooting antara 2006-2007, tp tayang tahun 2008.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau yg dorg bergado....eloklah dah berbaik2... |
|
|
|
|
|
|
|
Mulanya rasa pelik dah 8 tahun berlalu?? Rasanya mcm baru 3,4 tahun yg lps.
Bila baca balik, konflik mula 2010 so baru 5 tahun la. Failed math upsr ke reporter tu?? Kalau +/-1 tahun boleh terima lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|