CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2392|Reply: 6

[Tempatan] 1 juta mohon rumah PR1MA, 70 peratusnya Melayu

 Close [Copy link]
Post time 8-3-2015 12:20 PM | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA 7 Mac – Permohonan untuk mendapatkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kini mencecah hampir sejuta sejak dilancarkan kira-kira empat tahun lalu.

Pengerusi PR1MA, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, permintaan yang sangat tinggi terhadap projek perumahan tersebut menyebabkan sesebuah projek yang dilancarkan di kawasan tumpuan utama mendapat permohonan sehingga tujuh kali ganda daripada yang ditawarkan.

Walau bagaimanapun katanya, kemampuan pihaknya untuk menyediakan dan menyiapkan projek tersebut agak terhad berikutan pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan.


"Secara rasmi sebanyak 950,000 orang telah memohon menerusi atas talian tetapi ang­ka tersebut tidak termasuk yang belum mendaftar dan pemohon yang tinggal di kawasan luar bandar.

"Permintaan yang kita dapat memang melebihi daripada penawaran, walau bagaimanapun buat masa ini kita hanya akan membina 500,000 unit sahaja rumah PR1MA di seluruh negara," katanya selepas majlis penyerahan kunci PR1MA Presint 11 di sini hari ini.
Advertisement

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kunci rumah tersebut kepada sebahagian daripada 560 pemilik rumah projek pertama PR1MA di sini.

Dalam pada itu, Jamaludin berkata, mengikut pecahan kaum sebanyak 70 peratus orang Melayu masih belum mempunyai kediaman sendiri berbanding Cina dan India yang masing-masing sebanyak 20 dan 10 peratus sahaja.

Berikutan itu katanya, pihaknya memohon pemaju perumahan swasta yang berminat dengan projek PR1MA supaya membangunkan projek tersebut di kawasan tanah rizab Melayu.

Sementara itu, ditanya rahsia PR1MA dapat membina rumah dengan harga murah berbanding pemaju lain, katanya, ini kerana PR1MA membina rumah dengan kuantiti yang banyak dan membeli bahan binaan dengan harga borong.

"Kalau pemaju swasta lain dapat sebidang tanah yang boleh membina sebanyak 1,000 unit rumah dia tidak akan buat sehingga maksimum sebab bimbang tiada permintaan, tetapi kita boleh buat sehingga maksimum sebab mempunyai permintaan tinggi.

"Kita ada sebanyak sejuta pemohon, jadi kalau bina 1,000 unit macam kacang putih habis, sebab itu kita guna kuasa pembeli kita yang besar untuk menawarkan harga dengan lebih rendah," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2015 12:27 PM | Show all posts
Jamaludin cakap macam dia tengah datang bulan lagi.Tak paham haku
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan kepada rahsia rumah prima lbih murah tu tak boleh tahan.. beli bahan secara borong la sangat... nampak sangat menteri2 dh kena kencing dgn pemaju2 kapitalis rakus ni ...yang benornya sama je kos.. malahan kos lebih jimat sbb pengurusan swasta lbh efisien berbanding pengurusan gomen.. yang paling tepat rata2 pemaju hari ni cekik darah pembeli.. amik untung bukan 20%.. bukan 35% tapi ada yang lbh dr 100%..kimakkk kan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 12:44 PM | Show all posts
Edited by BotakChinPeng at 8-3-2015 02:26 PM

Betul kata r2d2. Dia maksudkan 70 peratus pemohon adalah melayu/bumiputera.


Tapi perangkaan itu ertinya apa ?
Rumah pr1ma bukan kos rendah.
100k hingga 400k.
Syarat pendapatan isirumah plak mesti 2500 hingga 10000


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:41 PM | Show all posts
BotakChinPeng:    Edited by BotakChinPeng at 8-3-2015 02:26 PM  Betul kata r2d2. Dia maksudkan 70 peratus pemohon adalah melayu/bumiputera.Tapi perangkaan itu ertinya ...


Last saturday pergi PWTC buat pemilihan unit rumah..tp semua tu propa kerajaan jer..kalau pendapatan isi rumah 6000 pun belum tentu kita layak beli rumah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:45 PM | Show all posts
agenda perumahan perlu diteruskan

melayu khususnya di bandar tidak boleh dibiarkan terus
merempat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2015 01:50 PM | Show all posts
patutlah ramai jinjing beg Pr1Ma hari Sabtu lepas kat PWTC... Aku mati2 ingat ada pesta buku ... sekali pi seciput aje yang jual buku....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.080904 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list