CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2259|Reply: 0

Laptop Boleh “Sleep” Berbulan Lama Dengan SSD Samsung Terbaru

[Copy link]
Post time 11-3-2015 12:19 AM | Show all posts |Read mode
Samsung telah mengumumkan ia telah memulakan produksi SDD PCIe berprestasi tinggi dan jimat tenaga. SSD Samsung ini direka untuk digunakan di dalam laptop yang dilengkapi pemproses Broadwell-U terbaru keluaran Intel.

Laptop Boleh “Sleep” Berbulan Lama Dengan SSD Samsung TerbaruSSD Samsung terbaru dengan nombor kod SM951 yang telah memasuki fasa produksi ini berkemungkinan besar akan digunakan dalam laptop Macbook Pro dan Macbook Air baru yang dijangka akan dilancarkan dalam tahun ini.
Lenovo sudah disahkan sebagai salah satu pengeluar komputer yang akan menggunakan SSD ini memandangkan dalam gambar yang digunakan Samsung ini, nama syarikat itu terpapar pada labelnya.


SSD PCIe yang akan dikeluarkan dalam model 128GB, 256GB dan 512GB ini merupakan yang pertama menggunakan teknologi  mod sedia L1.2 yang mengurangkan penggunaan tenaga dalam mod sedia dan mod “hibernate” sehingga 97%.
Mungkin angka 97% itu nampak banyak, namun ia diterjemahkan sebagai penjimatan 48mW tenaga. Hanya sebahagian sangat kecil dari tenaga yang digunakan sebuah laptop. Namun ia membolehkan sesebuah laptop itu berada dalam mod hibternate untuk jangkamasa yang lebih lama, berbulan-bulan lamanya.
Samsung juga berkata ia akan berusaha untuk memperkenalakan SSD PCIe yang menyokong antaramuka  NVMe (Non-Volative Memory Express).

kredit:www.techkini.com

                               
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.415340 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list