Nampaknya, peraturan tempat memarkirkan kenderaan makin celaru dan memeningkan masyarakat negara ini.
Mana taknya, ada pihak mendakwa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) galak menyaman kenderaan walaupun ia diparkirkan di kawasan yang tidak menganggu lalu lintas.
Melalui ruangan Facebook, satu rakaman video menunjukkan dua penguatkuasa DBKL sibuk menjalankan tugas mereka menyaman motosikal yang diletakkan di bawah sebuah kawasan perumahan bertingkat. Dah kenapa pulak?
Kalau dilihat melalui mata kasar, kenderaan-kenderaan ringan itu tidak melakukan sebarang gangguan mahupun merisikokan keselamatan lalu lintas kerana ia diletakkan di tepi koridor.
Teringin juga nak tahu, apa yang menjadi punca pihak berkuasa menyaman kesemua motosikal itu, kan?
Melalui video sama, kelihatan seorang lelaki cuba mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan tindakan DBKL itu, malah dia juga cuba membela pemilik kenderaan lain yang menggunakan ruang sama untuk meletakkan motosikal mereka.
Namun tak dapat dipastikan apa yang dibualkan individu itu dan pihak DBKL kerana rakaman amatur tersebut kurang jelas dari segi audio.
Apa-apapun, andai ia menjadi satu kesalahan, tak tahulah dekat mana lagi tempat yang sesuai untuk memarkirkan kesemua kenderaan itu.
Diharapkan, ada pihak yang membuka mata dengan isu ini kerana mangsa utama sudah tentulah masyarakat berpendapatan rendah yang bergantung kepada gaji untuk menampung kehidupan seharian. Kasihan mereka…
Nampaknya, lepas ni masing-masing kena heret motosikal naik dan parking dalam rumah lah!
Ntah2 penduduk ctu gak yg wat report ke dbkl
Kat rumah aku ni kedai2 tepi jln yg dok letak kosi kat parkinh area
Dbkl x nk amik tindakan kah?
Dah sah2 ada line utk menandakan parking space.
lenkali parking dlm umah, masuk dlm bilik tido dgn moto2 sekali....dh ada tempat parking pesal menyusah org nk lalu kt kakilima...tu blm lg kes moto masuk dlm lift
Post time 14-3-2015 09:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kalo takut moto hilang, nak sgat motor tu senang dipandang n dilihat sbb takut kene curi, kasi angkut itu motor, kasi masuk itu dalam punya rumah... ayoyoyo...
Post time 14-3-2015 09:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku tak pahamla org nak park motor kt tpt yg tak sepatutnya,, tpt aku, dahla laluan tak luas mana, sume pakat letak motor kt situ, padahal, ada jek parking mptor dekat situ.. Dah tu pi park kt tpt pigeon hole, org nak amik surat pun susah..
Post time 14-3-2015 10:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dbkl bangang mmg brt seblh..klu kaum yg satu tu meniaga bukak meja smpai ganggu lalu lintas xde plak kena saman..smpai penuh jln pn xpe..kuat sgt mkn paw..
Yg pasti sume majlis bandaran makan RASUAH
Byk je kedai mkn yg letak kusi meja dlm kotak paking
Xde tindakan pon
Tungu mati kena langgar baru take actin, pastu buat BODOH
seeloknye dbkl perlu la adil dlm kes saman kenderaan ni.
mmg bagus jalankan tugas TAPI ... jgn hanya sama kenderaan org lain je. Kenderaan milik dbkl & staf dbkl pun elok disaman gak.
Mmg slalu nampak kenderaan dbkl parking sesuka hati je, sbb drebar & penumpang nye gi makan.
Patut kena amik tindakan yg sama gak la.
setengah orang malaysia memang suka langgar undang undang, keras kepala. ni mesti flat DBKL, sebab tu DBKL datang untuk saman parking macam tu. apasal tak parking tempat yang betul? atau yang di sediakan?
Bila DBKL nak sama tak boleh terima, suka lawan, nak juga menang walaupun dah terang2 salah.