View: 1432|Reply: 0
|
Bojan Hodak pertahan aksi anak buahnya
[Copy link]
|
|
Ketua jurulatih Johor Darul Takzim (JDT) Bojan Hodak mempertahankan aksi anak buahnya selepas sekadar mencatat keputusan seri berdepan pasukan tercorot Sime Darby di Selayang.
"Saya letak kepercayaan penuh kepada pemain saya tidak kira kalah atau menang," katanya ketika di sidang media.
Pada aksi malam tadi, Sime Darby terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke 36 menerusi Nazrul Kamaruzaman.
JDT terpaksa menunggu hingga ke minit 61 untuk jaringan penyamaan menerusi pemain tengah Junior Eldstal.
Bojan akui pasukannya terpaksa berhempas pulas kerana ketiadaan pemain import yang mengalami kecederaan.
"Kami mendominasi perlawanan dibabak pertama namun di penghujung perlawanan pemain seperti Hariss, Safiq dan Fadhli jelas keletihan,"ujarnya.
Walaubagaimanapun, Bojan optimis JDT akan kembali pamer taring apabila semua pemain telah kembali pulih.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|