View: 1702|Reply: 0
|
MWC 2015: ZTE Star 2 – Fungsi Pengecaman Suara, 2.3GHz, Skrin 5-inci 441ppi.
[Copy link]
|
|
Selain dari Lenovo dan Asus yang telah melancarkan peranti baru di CES dan mempamerkannya di MWC 2015, ZTE juga merupakan satu lagi pengeluar yang telah menampilkan peranti mereka di CES dan mendapat perhatian meluas. Peranti yang dinyatakan adalah ZTE Star 2.
Peranti ini merupakan peranti kelas pertengahan dengan skrin bersaiz 5-inci 1920×1080 441ppi dengan Corning Gorilla Glass 3. Dari segi spesifikasi ia membawakan cip pemprosesan Snapdragon 801 2.3GHz empat-teras dan memori 2GB RAM serta kapasiti storan 16GB yang boleh ditambah melalui kad Mikro-SD tetapi terhad sehingga 64GB. Dari segi kamera, ia mempunyai sensor 13MP f2.0 untuk kamera utama dan 5MP f2.2 untuk kamera hadapan dengan fungsi sudut lebar, sesuai untuk selfie berkumpulan. Seperti peranti ZTE yang lain, keupayaan kameranya juga mempunyai fungsi sebagai penanda kestabilan, ISO, dan sebagainya.
Pada bahagian tepi atas dan bawah ia mempunyai bahagian tepi melengkung dan bahagian belakangnya turut dilengkapi Corning Gorilla Glass 3. Ia mempunyai bahagian tepi yang rata dan senipis 6.9mm, hampir dengan saiz iPhone 6.Dari segi kapasiti bateri, ia mempunyai bateri 2300 mAh yang tidak boleh ditukar dan ia beroperasi pada platform Android Kitkat.
ZTE Star 2 | Skrin | 5-inci 1920×1080, 441 ppi | Pemproses | Snapdragon 801 2.3GHz Quad-core | Memori | 2 GB RAM | Storan | 16GB + kad mikro-SD | Kamera Utama / Depan | 13MP/ 5MP | Sistem Operasi | Android Kitkat | Bateri | 2300 mAh |
Antara perkara yang menarik serta menyebabkan peranti ZTE Star 2 mendapat perhatian ramai di CES adalah keupayaan pengecaman arahan suaranya yang dikatakan senang untuk mengesan arahan. Malah arahannya agak senang, seperti contoh ‘take photo’, ‘play music’ dan ‘no flash’. Namun semasa percubaan kami, ia seperti dapat mengesan suara Nisa namun tidak melakukan apa-apa. Mungkin kerana kebisingan disekitar reruai ZTE tidak membolehkan kami memberikan arahan dengan tepat. Selain itu telefon ini juga mempunyai kepadatan pixel-nya agak tinggi dan paparannya agak cantik.
Telefon ini dikatakan berharga USD 399 (~RM 1480) dan buat masa ini tiada sebarang informasi mengenai penjualannya untuk pasaran tempatan. Mungkin ia bakal mengambil sedikit masa, memandangkan telefon ZTE Star 1 baru sahaja diumumkan untuk pasaran tempatan hanya beberapa bulan lalu dan ZTE Blade S6 yang diumumkan pada bulan Februari masih tidak menemui pengguna tempatan sehingga kini.
kredit:www.amanz.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|