View: 2291|Reply: 1
|
Aeromobil : Sebuah Lagi Kereta Terbang
[Copy link]
|
|
Kereta terbang adalah impian kami sejak menonton filem Back To The Future. Idea kereta terbang bukanlah perkara baru dan sudahpun wujud sejak awal kurun ke-20. Tetapi sehingga kini tidak ada satupun kereta terbang yang terjual secara komersil. Kami pernah paparkan Aerocar, sebuah konsep kereta terbang dari tahun 1954. Hari ini mari melihat konsep Aeromobil yang dicipta oleh Stefan Klein dari Republik Slovak. Aeromobil memuatkan 2 orang penumpang dan mempunyai sayap yang boleh dilipat di dalam mod kereta. Apabila ingin terbang sayap dibuka. Ia diperkasakan enjin 100 kuasa kuda yang mampu memberika kelajuan maksimum 200 kilometer sejam dan jarak penerbangan 700 kilometer. Kereta terbang ini baru sahaja berjaya melakukan penerbangan pertamanya beberapa hari yang lalu dan kami tidak tahu bilkah ianya akan terjual secara komersil.
Laporan asal Gizmag
kredit:www.blogserius.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|