View: 4738|Reply: 17
|
Edisi GST: Danny Nyaris Jadi Mangsa Ditipu Peniaga!
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Danny (X-Factor) terkilan apabila ada peniaga cuba mengambil kesempatan dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 April lalu dengan mengenakan bayaran tidak munasabah.
Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa, 35, berkata, dia nyaris menjadi mangsa penipuan ketika membeli sehelai tuala pelbagai guna apabila peniaga sebuah kedai runcit gagal memberikan resit dan nombor pendaftaran cukai tersebut sedangkan barangan berkenaan dikenakan caj.
"Saya bukannya menentang pelaksanaan GST tetapi peniaga juga harus telus dan bukannya cuba menipu pembeli dengan mengenakan cukai tersebut wahal mereka masih belum mendaftarkan perniagaan mereka kepada pihak Kastam.
"Apabila saya minta resit, peniaga berkenaan memberi pelbagai alasan yang nyata dia cuba menipu pelanggan dan tindakannya itu sudah salah dari segi undang-undang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.
Danny mengulas mengenai status Facebook miliknya yang tidak berpuas hati dengan seorang peniaga apabila cuba menipunya ketika membuat pembelian pada hari pertama pelaksanaan GST di seluruh negara pada Rabu.
Luahan Danny mengenai kejadian dia hampir ditipu peniaga.
Dalam pada itu, Danny berkata, dia bukan sengaja mahu memperbesar-besarkan hal tersebut sebaliknya ingin menyuarakan secara terbuka agar pengguna lain lebih berhati-hati dengan peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Bagaimanapun kata Danny, dia tidak berhasrat untuk memanjangkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan berharap agar peniaga berkenaan tidak mengulangi taktik sama untuk memperdaya pembeli.
"Dalam peringkat awal pelaksanaan GST pasti akan timbul pelbagai masalah dan kekeliruan dan contoh paling dekat apa yang terjadi kepada saya.
"Sebab itu saya suarakan di Facebook agar tiada orang lain akan terkena seperti saya," ujarnya.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Danny berkata, dia baharu sahaja membuka sebuah restoran iaitu Kafe Tamada di Kolam Memancing Taman U, Seri Kembangan dekat sini sejak dua bulan lalu.
Kata Danny, kafenya itu menyediakan pelbagai jenis juadah untuk pengunjung yang datang memancing di kawasan tersebut dan memberitahu sambutan diterimanya sangat baik.
"Alhamdulillah sudah dua bulan saya buka kafe berkenaan dan respons daripada pelanggan juga cukup baik terutamanya pengunjung pusat memancing itu," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
so bagitau je la kedai mana supaya org lain berhati2 bila nak membeli kat situ. ujung2 artikel rupanya promote restoren... |
|
|
|
|
|
|
|
paper mn buat coverage psl danny beli tuala gudmoning nih? |
|
|
|
|
|
|
|
peniaga untung kami rugi...
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik dia takde berlakon iklan gst..
klu tak buat malu geng pelakon gst je |
|
|
|
|
|
|
|
ni pun masuk bod gossip ,, hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ni cubaan nk up status sendu ke |
|
|
|
|
|
|
|
alahai..kedai tu naikkan harga..naikkan jela
takyah la nak letak gst bagai
hahahaha
hak nak letak harga n decide margin keuntungan ni terletak pada peniaga
maybe kita tak kene pun bayar gst bagai
tapi atas alasan kos idup meningkat
peniaga ke kedai makan pun nak naikkan harga n nak margin untung yg lebih besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
byl lg comp yg register tp x update dlm system lg...tgk dh nmpk menyusahkn org |
|
|
|
|
|
|
|
sendunya dia nih.....kena buat gossip tuala good morning..nk up kan nama yg frozen2 tuuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaa... lame x dengar cerita die.. kekekkekekekee |
|
|
|
|
|
|
|
pemantauan GST sgt penting supaya kedai tak amek kesempatan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai betul peniaga ambil kesempatan pasal GST ni |
|
|
|
|
|
|
|
ha ah kannnnnn... lama tak dengarrr |
|
|
|
|
|
|
|
dari dok hencap macam tuh kat fesbuk, pegi la upload pic resit tuh and complaint kat pihak berwajib..
berjoyah kat fesbuk, tak reveal nama kedai, bukti pun takde.. ibarat nak upkan nama yang sejuk kejung aja..ala2 amik kesempatan sempena GSt ni kan.. at least ade la jugak nama disebut2, yer dok.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|