Gosip terbaru melanda pelakon Remy Ishak baru-baru ini yang dikatakan telah bertunang secara rahsia akhirnya dinafikan pelakon itu apabila dia menjelaskan itu sebenarnya adalah adik lelakinya yang telah bertunang dan akan mendirikan rumah tangga pada September tahun ini.
“Saya rasa ini mungkin salah faham. Saya ada terperasan di mana ada seorang peminat komen di Instagram saya bertunang. Adik saudara saya yang bagi tahu. Saya rasa dia silap yang sebenarnya adik saya yang bertunang adalah dan akan berkahwin pada bulan 9 ini”
“Salah faham telah berlaku jadi peminat-peminat yang lain terkejut, mereka ingat saya benar-benar telah bertunang,” jelasnya semasa majlis tayangan filem Pilot Café kelmarin.
Dalam pada masa yang sama Remy Ishak turut ditanya bilakah gilirannya pula untuk bertunang & seterusnya mendirikan rumah tangga.
“Saya kena selesaikan adik-adik terlebih dahulu dan selepas itu saya pula. Lagipun saya merupakan anak sulung lelaki jadi banyak perlu untuk saya membantu mereka menguruskan hal-hal sebegini,” katanya.
Nafi Memilih Pasangan Hidup
Menurut Remy lagi, dia bukanlah seorang yang memilih tetapi adakalanya wanita-wanita di luar sana takut untuk bersama dengannya kerana mereka punyai persepsi dan pandangan berbeza mengenai dirinya. Untuk itu, sekiranya tidak mempunyai lagi teman istimewa dia akan menyerahkan jodoh kepada keluarganya dan Tuhan.
“Calon-calon teman wanita tidak ada lagi. Buat masa sekarang saya berkawan dengan semua orang. Saya tidak ada nak pilih yang sesuai atau tidak kerana nak cari yang ‘perfect’ mana ada. Untuk itu, saya mungkin tengok kepada faktor umur kalau sudah terlalu lewat dan meningkat jauh saya serahkan pada keluarga dan Tuhan”
“Orang takut untuk berkawan dengan Remy Ishak. Mereka selalu mempunyai tanggapan yang berbeza sehingga tersalah tafsir akan diri saya. Kalau ada saya ingin mencari orang yang melihat Remy Ishak dan bukan sebagai artis,” tambahnya lagi. (rtky/hfz)
|