CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2875|Reply: 2

[Tempatan] Dewan Pemuda Pas pertikai poster kempen PKR

[Copy link]
Post time 27-4-2015 08:30 AM | Show all posts |Read mode
DPP pertikai poster kempen PKRGuna gambar Abdul Hadi bersama Guan Eng
MOHD. FIRDAUS ISMAIL  |  27 April 2015 2:19 AM


19 2 Google +1

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat menggunakan gambar Abdul Hadi Awang pada poster mereka dalam usaha mendapatkan sokongan ahli Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh ketika tinjauan di sekitar Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM








PULAU PINANG 26 April - dewan Pemuda Pas (DPP) negeri mempertikai tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan wajah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Lim Guan Eng dalam poster gergasi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Ketuanya, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, poster itu mencetuskan tanda tanya kerana pertikaian yang wujud antara Guan Eng dengan Pas berhubung pelaksanaan hukum hudud.
Malah, menurut beliau, ahli Pas berasa keliru kerana sebelum ini DAP telah memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi yang turut dikritik sebagai tidak jujur.







“Itu jadi masalah kerana mereka (DAP) telah putuskan kerjasama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Semalam, calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika melancarkan bilik gerakan jentera partinya turut memperkenalkan poster gergasi itu yang memaparkan wajah Abdul Hadi bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Guan Eng.







Dalam majlis itu, Pas diwakili Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu dan DAP diwakili Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.
Ekoran itu, terdapat pihak mendakwa poster berkenaan sebagai taktik terdesak PKR untuk mera-ih sokongan ahli Pas di Permatang Pauh selepas tercetus krisis melibatkan kedua-dua parti.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusni berkata, poster berkenaan tidak logik untuk terus digunakan PKR sebagai modal kempen.
“Saya hendak tanya, selepas DAP putuskan hubungan dengan Abdul Hadi, bagaimana PKR boleh berbuat demikian dengan poster itu,” katanya.

Tambah beliau, PKR perlu menjelaskan bagaimana Guan Eng boleh ‘duduk’ bersama Abdul Hadi dalam poster berkenaan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.Lym3yCxz.dpuf


p/s;- Ye tak ye jugak..kata tak nak bekerjasama dgn Hadi..yg guna gambar hadi utk kempen tu pehal pulak?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2015 08:51 AM | Show all posts
Krisis belum selesai, Pemuda Pas bagi jentera cuti
MUHAMMAD AMINURALIF
26 April 2015
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
1


Mohd Yusni Mohd Yusni
< 1 / 1 >
PERMATANG PAUH - Pemuda Pas Pulau Pinang kekal dengan pendirian merehatkan jentera untuk PRK Permatang Pauh berikutan kegagalan AMK Pulau Pinang memenuhi tuntutannya hingga kelmarin.

Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, AMK Pulau Pinang gagal meminta maaf secara terbuka kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abduil Hadi Awang yang didakwa menjalinkan kerjasama dengan Umno dan memintanya meletak jawatan.

Berikutan itu, semua jentera Pemuda Pas Pinang direhatkan dan tidak terlibat dalam urusan PRK Permatang Pauh walaupun masih menjalin kerjasama dengan rakan PR.   

"Dewan Pemuda Pas menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh.

"Semua bilik gerakan Pemuda Pas tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis bawah seliaan kami juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh," katanya dalam kenyatan media di sini hari ini.

Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru Pasti juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK itu.

"Kami juga tidak akan terlibat  dengan jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.

"Pemuda Pas Pulau Pinang juga kecewa atas sikap berdiam diri AMK Pulau Pinang dan helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu Pas dalam mengurus  desakan akar umbi Pas di Permatang Pauh," katanya.

Diminta mengulas tindakan Pas Kawasan Permatang Pauh membuat pusingan-U dan kembali menyokong calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Yusni  berkata, mesyuarat agung tahunan (MAT) kawasan itu membuat keputusan berdasarkan suara akar umbi dengan meminta permohonan maaf dibuka secara terbuka.

Ini kerana permintaan akar umbi agar Dr Wan Azizah menarik balik kenyataan dan meminta maaf secara terbuka berhubung isu hudud.

"Tetapi beberapa pemimpin kawasan dan negeri mengadakan perjumpaan secara tertututp dan membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuan ahli akar umbi   

"Namun lain jadinya dalam mesyuarat yang diadakan malam semalam (kelmarin). Sepatutnya majlis taklimat kepada ahli bertukar kepada majlis pelancaran jentera.  

"Ini menyebabkan kekeliruan kepada akar umbi dan mahu penjelasan dari pimpinan PKR sama ada menyokong atau tidak hudud," katanya sambil menganggap  beberapa isu yang timbul masih tidak selesai selagi belum ada kenyataan rasmi dari Dr Wan Azizah.

Sebelum ini media melaporkan sengketa Pas Permatang Pauh dengan PKR selesai setelah kedua-dua belah pihak bertemu dan bersetuju berdamai pada malam 24  April lalu.

Perjumpaan itu melibatkan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man.

Manakala PKR diwakili presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk mansor Othman.

Omar berkata, pihaknya menerima persetujuan PKR iaitu semua pemimpin dan ahlinya yang beragama Islam akan menyokong pelaksanaan hudud yang  dicadangkan Pas manakala pemimpinnya yang bukan Islam tidak menyokong hukum itu.

Sebelum ini, dalam mesyuarat agung tahunan Pas Permatang Pauh Ahad minggu lalu, meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf  secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Omar berkata, PKR diberi tempoh sehingga sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong  hudud.

Pendirian ini dibuat dan disepakati oleh akar umbi kerana ahli Pas Permatang Pauh mampu memberi kemenangan kepada calon yang akan bertanding pada PRK  nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 09:05 AM | Show all posts
kenapa Lim Guan Eng tidak hadir? takut kena keluar statement pasal hudud ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.259279 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list