View: 6686|Reply: 2
|
Filem Korea 'TWENTY' bakal menampilkan Pelakonnya di Malaysia
[Copy link]
|
|
Edited by isabel at 27-4-2015 01:13 PM
Kuala Lumpur : Asia Tropical Films telah membuatkan peminat kpop di Malaysia menjadi huru hara bila mereka mengumumkan tayangan filem komedi Korea di panggung wayang yang terpilih. Apa tidaknya semasa tayangan filem tersebut nanti akan menampilkan juga 3 tunjak utama filem ini iaitu Kim Woo Bin, Lee Jun Ho (ahli 2PM) dan juga Kang Ha Neul.
Asia Tropical Films adala merupakan pengedar resmi untuk filem 'Twenty' ini di Malaysia. Filem ini akan bakal ditanyangkan di Malaysia pada June 2015. Pengedaran filem yang dibawa dari Korea ini adalah merupakan kerjasama pertama yang dilakukan oleh Asia Tropical Films kerana sebelum ini mereka banyak membawa filem-filem dari HongKong dan juga Malaysia.
Dipahamkan sebanyak 300 keping tiket percuma akan di berikan kepada peminat. Bagaimana anda mendapatkanya? Anda bolehlah melayari facebook mereka www.facebook.com/asiatropicalfilms ataupun http://www.atfilms.com.my untuk mendapatkan berita terkini berkenaan dengan tiket percuma. Dalam pada yang sama ATF juga memberitahu bahawa mereka kini didalam fasa perbincangan untuk mendapatkan ketiga-tiga watak utama untuk hadir di Malaysia. Kita ucapkan semoga berjaya untuk mendapatkan mereka.
Filem 'Twenty' ini telah ditayangkan di Korea pada 25 Mac 2015 dan telah mengalahkan tayangan Fast & Furious 7 dimana mencecah sebanyak 1.45 juta penonton dalam masa 8 hari ditayangkan di Korea.
Filem komedi ini mengisahkan 3 sahabat iaitu Chi-ho (Kim Woo Bin), Kyung-Jae (Kang Ha Neul) dan Dong-Woo (Lee Jun Ho) yang berumur 20 tahun dan baru saja tamat sekolah menengah. Chi-Ho adalah bekas athlete sekolah yang dalam jadualnya adalah memburu perempuan cantik untuk koleksi cintanya. Kyung-Jae pula meneruskan pelajaran ke universiti dan bercita-cita ingin berkerja di syarikat yang terkemuka tapi ironiknya dia seorang yang pemalu bila berhadapan dengan perempuan namum bertukar menjadi berani bila didalam keadaan mabuk manakala Dong-Woo pula seorang yang periang dan bercita-cita ingin menjadi kartunist tapi selepas perniagaan keluarganya muflis, Dong-Woo terpaksa keluar berkerja untuk menampung kehidupan keluarganya.
Filem ini juga turut dibintangi oleh Jung So Min, lee Yu Bi dan Min Hyo Rin.
Artikel oleh : isabel
Press Release disediakan oleh : Asia Tropical Films
|
|
|
|
|
|
|
|
yeay! igt ke tak masuk malaysia movie ni..harap2 awal June sebelum start puasa.. kalu dh puasa, tak best plak nk tgk wayang hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|