View: 8720|Reply: 44
|
[Tempatan]
Rani kholop...... nasihatkan ASP Chen Ah Kooy .. Jangan cabar Ah Long.
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-5-2015 11:42 PM
KUALA LUMPUR: Ketua Balai Polis Menglembu, ASP Chen Ah Kooy dinasihat tidak terlalu berani dengan membuat video berdurasi 41 saat yang mengugut peminjam wang tidak berlesen atau ah long untuk tidak menggantung poster iklan pinjam wang terutama di sekitar Menglembu, Perak.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, tindakannya walau sebagai seorang pegawai polis juga perlu lebih berhati-hati dan tidak terlalu kasar sehingga menyebabkan risiko kepada diri sendiri.
"Kita risau keselamatannya dan pegawai polis lain. Memang apa yang dikatakannya bagus dan tegas namun dia dan anggota lain akan berhadapan dengan risiko serangan balas yang lebih ganas daripada ah long berkenaan.
"Memang rakyat memandang video itu tanda keperibadian dan tingkah laku sikap seorang pegawai polis kanan yang bagus namun ugutan bunuh kepada ah long boleh menimbulkan perkara yang lebih buruk," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Sebelum ini, Ah Kooy dilaporkan mengeluarkan video yang sedang 'viral' di media sosial sekali gus menjadi bukti polis sudah tidak mahu berkompromi lagi dengan sindiket ah long.
Ah Kooy yang berpakaian seragam dengan cermin mata hitam, membuat amaran kepada ah long yang menjadikan kawasan sekitar Menglembu sebagai lokasi menampal poster atau iklan pinjaman wang.
Abdul Rani turut menasihatkan agar pengedaran video itu harus segera dihentikan sebelum kumpulan ah long mengambil langkah serangan balas yang lebih kejam.
"Pasti ah long rasa tercabar dengan video itu, takut mereka rasa ia keterlaluan.
"Rakyat juga pasti melihat dan melabel sikap semua pegawai polis seperti Ah Kooy, ia akan menjatuhkan kredibiliti polis pada mata masyarakat," ujarnya.
Sementara itu, sebuah portal melaporkan kenyataan Ketua Polis Ipoh Sum Chang Keong yang menyifatkan klip video Ah Kooy itu sebagai melampau.
"Adalah ditegaskan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Balai Menglembu tanpa dirujuk atau dibincangkan dengan pihak pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
"Selain itu ayat dan bahasa yang digunakan oleh Ketua Polis Balai Menglembu adalah tidak sesuai," kata Chang Keong.
Abdul Rani yang terkenal dengan identiti berkaca mata hitam dan memakai seragam anggota keselamatan sebelum ini pernah memberi amaran kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk tidak memesongkan ungkapan barua yang ditujukan kepada anggota polis kononnya hanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak buat repot pulak ARKA ne ... |
|
|
|
|
|
|
|
harap lebih ramai polis yg tegas cam dia |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cari glemor mcm tun lani.. |
|
|
|
|
|
|
|
Silap gambar!
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 19-5-2015 11:39 PM
Silap gambar!
Tun ye...dia semakin dilupakan...mula lah terhegeh2 cari populeriti murahan..
Tak sedar dah nyanyok..hehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku terasa madir dangan rani kulup dah nak 2x5 je..
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 19-5-2015 11:43 PM
Aku terasa madir dangan rani kulup dah nak 2x5 je..
Aku tengok muka mereka berdua je dlm media...
Glemor tul...hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko ni layak & patut wat part time turunkan iklan banteras ah long bagai la kolop oii
Kasi bantu perang sama ah long abis2 an..Ni ko sembang lebih down kan polis watpe
Bangang punye Kolopp..Time ko hangin masuk tv3 repot bagai bkn main lg ko punye gebang
Sembang lebihhh la ko mcm Gampang |
|
|
|
|
|
|
|
gini la survival hidup macai-2 politik umngok. |
|
|
|
|
|
|
|
Polis dia kata nak takut dengan along ? Hahahaha. Nampak sangat Rani Kulup datang bulan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
sejak masuk projek komedi warna
makin lantang bersuara bang kulop
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dlm gambaq tu guna pedang pulak nak potong kek? tak pa ka simpan senjata merbahaya mcm tu? mcm pedang yg bentong kali guna dulu je... |
|
|
|
|
|
|
|
Takut sudah sebab gbr polis tu seakan2 diri dia, takut ah long tersilap cari dia lar tu. Tak lak tangkapan di buat terhadapnya yg posing dgn pisau camne ek. Bias sgt, cuba klu org lain yg pose gini, cepat jer folis dtg umah wat tangkapan. |
|
|
|
|
|
|
|
jawatan kosong senator bakal diisi oleh Mat Rani Kulup... hoooraaayyy |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa polis pulak kena takut dengan Ah Long |
|
|
|
|
|
|
|
rani kulop ni dulu penyanyi boria ka? |
|
|
|
|
|
|
|
tongkat sakit lutut le tewww
|
|
|
|
|
|
|
| |
|