View: 1425|Reply: 2
|
[Dunia]
Neverland milik mendiang Michael Jackson akan dijual
[Copy link]
|
|
Edited by silentwinner at 29-5-2015 07:20 PM
Para jutawan kini berpeluang untuk mendapatkan sesuatu yang pernah menjadi milik ‘Raja Pop’ Michael Jackson apabila ladangnya yang bertemakan ‘Neverland’ itu kini dijual dengan harga AS$100 juta Dolar (RM364.7 juta). Wall Street Journal melaporkan, firma yang membeli hutang penyanyi tersebut dan kemudian membaiki tempat tersebut akhirnya membuat keputusan untuk menjual ladang yang luas itu.
Broker barangan, Suzanne Perkins juga berjanji akan mengekalkan tanda-tanda kecil yang menunjukkan ladang tersebut merupakan ladang ‘Neverland’ seperti kereta api dan jam yang diperbuat daripada bunga yang tertera perkataan ‘Neverland’ sekiranya peminat Michael Jackson membeli kawasan itu. Walau bagaimanapun, ejen itu menjelaskan, para peminat tidak akan berpeluang untuk melihat kawasan tersebut kerana mereka yang berminat untuk membuat pembelian akan perlu mendapatkan kelayakan dan sesi lawatan juga tidak akan diadakan.
Menurut ejen tersebut, pembeli baru juga akan memiliki 22 struktur termasuk rumah utama yang berkonsepkan ‘gergasi Normandy’. Rumah tersebut yang terletak di antara dua tasik itu sebesar 12,000 kaki persegi dan mempunyai enam bilik tidur serta disediakan kuaters kakitangan. Walaupun taman hiburan di ladang itu telah dikeluarkan, masih terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan kerana masih terdapat kolam renang bertemakan ‘Cabana’, gelanggang bola keranjang dan tenis serta, kawasan BBQ.
Terdapat laporan menyatakan bahawa rumah tersebut akan tersenarai di dalam pasaran dan pasangan selebriti Beyonce dan Jay Z dikatakan mahu membeli rumah tersebut. Nilai kediaman tersebut sering menjadi spekulasi dan terdapat beberapa laporan yang menyatakan rumah tersebut bernilai serendah AS$53 juta Dolar (RM127.64 juta).
Jackson membeli ladang tersebut pada 1987 dengan harga AS19.5 juta Dolar (RM71.12 juta) tetapi kemudian digunakan sebagai cagaran dalam membuat pinjaman sebanyak AS$24.5 juta Dolar (RM8771.03 juta) yang gagal dilunaskan. Firma pelaburan Colony Capital membeli sebahagian besar daripada hutang tersebut pada 2008, setahun sebelum kematiannya untuk menyimpan rumah sebagai rampasan dan bekerja dengan Jackson untuk mengembalikannya dengan harapan dapat menjual ladang itu.
Ladang tersebut merupakan kawasan di mana Elizabeth Taylor berkahwin Larry Fortensky pada 1991 dalam satu majlis mewah, tempat Oprah Winfrey menemuramah Jackson di hadapan 90 juta penonton pada 1993, dan merupakan kawasan di mana dia dituduh mencabul kehormatan kanak-kanak lelaki. Kes tersebut merupakan salah satu punca Jackson berpindah dari kediamannya setelah bebas daripada mencabul kanak-kanak di ladang itu pada 2005. Dia memilih untuk tinggal di tempat lain sehingga kematiannya akibat penggunaan dadah berlebihan pada 2009.
Sumber dipetik dari mStar
- See more at: http://www.suriafm.com.my/hiburan/gosip-artis-antarabangsa/ladang-neverland-milik-michael-jackson-akan-dijual/#sthash.xXBex5KL.dpuf |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
hoi @silentwinner ,pegi mampos lagi baik la ko ... bukak thread cam taik |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah tt...
Berjaya tepek sekeping gambo |
|
|
|
|
|
|
| |
|