View: 3432|Reply: 8
|
Masalah Insomnia Semakin Serious ??
[Copy link]
|
|
Ramai di antara kita pernah mengalami situasi insomnia samada ketika berada di bangku sekolah mahupun di alam kerja.
Bagi seseorang itu yang mempunyai pengalaman insomnia, walaupun hanya sesekali berlaku, kesannya boleh dikatakan amat memeritkan,
Ada pihak tertanya-tanya bagi mereka yang sering mengalami keadaan insomnia, setiap malam macam mana dapat melalui malam yang berpanjangan tanpa tidur.
Persoalan itu hanya orang yang berkenaan yang layak menjawabnya.
Ini kerana tidak kira cara macam mana pun kita baring atas katil samada tidur meniarap, menelentang atau menghadap ke kiri atau ke kanan, keinginan untuk tidur langsung tidak tercapai kerana mata tetap terbeliak sampai keesokan hari.
Tambahan lagi, cara 'menghitung biri-biri' sepertimana yang sering dilakukan untuk membuatkan seseorang itu cepat boleh tidur, sebenarnya cara sedemikian boleh dikatakan tidak membawa apa-apa faedah langsung.
Kalau nak dibandingkan, mendengar muzik adalah lebih berkesan untuk membuatkan seseorang itu tidur berbanding dengan cara 'menghitung biri-biri'.
Baru-baru ini, terdapat seorang pakar kesihatan dari University Harvard yang bernama Andrew Well telah mengkongsikan satu teknik atau cara yang boleh membantu seseorang itu mudah untuk rasa tidur.
Yang penting seseorang itu mengikut sahaja cara tersebut dan dijamin dalam masa 60 saat akan tidur tanpa menggunakan sebarang ubat atau peralatan sampingan.
Teknik tersebut dipanggil sebagai 'Cara Bernafas 4-7-8'.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
yang penting....kalau x cukup tidur...mmg grumpy gilerr |
|
|
|
|
|
|
|
Nk tahan nafas 7 saat tu sesak plak nafas... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dulu study archi..bila kronik sgt takleh tido ada member aku advice amik pil tido sbb waktu siang & malam dah terbalik..huhu! Pilnya kecik je tp kena makan setengah & effect dia sekejap je dah lalok..pas makan ingat nak pi cuci muka sat..otw balik bilik tu (dekat je dgn toilet) dah kena pegang dinding & jalan kepala dah senget..sampai2 je katil terus tak sedar..pastu tobat dah nak makan pil tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nama ubat tu? Brapa mg? Kuat sangat kesannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Spidey kalau waktu tak dapat tidur tak hitung kambing biri-biri, tapi kira girlfriend-girlfriend. |
|
|
|
|
|
|
|
Amik pil tu kat klinik universiti..free je..nama ubat tu tak ingat sbb dah lama sgt tp macam kaler kuning & kecik je saiznya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana hendak merawat susah nak tido |
|
|
|
|
|
|
| |
|