CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5040|Reply: 3

Koleksi Teka Teki Lawak

 Close [Copy link]
Post time 12-6-2015 09:38 AM | Show all posts |Read mode

1) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang?
- Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanya kacang panjang aaa...

2) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan?
- Misai





3) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pergi tu 60 sen. Macam mana dia nak pergi ke tempat tu?
- Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen = 60 sen

4) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
- Dua-dua tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

5) Burung apa yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?
- Penguin

6) Banyak2 katak, katak apa yang boleh bercakap?
- Katakanlahhhhhh... (Hazami kot..hahaha)

7) Tersebutlah kisah, ada seorang wanita yang menamakan anaknya nama FATIMAH. Kenapa ?
- Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..

8) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
- Tempat Perkuburan... (serammm... heyyy maknusia..!!)

9) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. Apa dia?
- Lingkaran nyamuk Shieldtox

10) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
- Bahrain (sebab bah dulu, rain kemudian)

11) Macam mana nak pergi haji kalau duit takde?
- Jangan hisap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pergi haji... Renung2kan, selamat beramal~~
RILEK-RILEK

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2015 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
eh, teka teki dah ada jwpn
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 09:53 AM | Show all posts
haha...teka teki siap jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 11:27 AM | Show all posts
Tuan tanah sayang, thread macam ini tidak dibenarkan berada di sini memandangkan ia lebih kepada lawak daripada "teka-teki" itu sendiri.

Sebenarnya boleh, dan semua soalan di atas tu pun pernah keluar di sini. Soalan sahaja. Dan tuan tanahnya menunggu forumers lain yang beri jawapannya. Bukannya tuan tanah sendiri yang beri jawapan.

Maka, thread closed.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.043224 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list