View: 2294|Reply: 2
|
[Dunia]
Pengsan, maut selepas naik roller coaster
[Copy link]
|
|
CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang pengsan selepas menaiki permainan roller coaster meninggal dunia Sabtu lepas.
Menurut laporan CNN, Jasmine Martinez pengsan selepas menaiki roller coaster di Six Flags Magic Mountain di Valencia.
Mangsa kemudian diterbangkan ke hospital pada Jumaat.
Menurut doktor, punca kematian Martinez adalah semulajadi dan tidak berkaitan dengan sebarang insiden melibatkan permainan roller coaster.
"Tidak ada bukti yang boleh dikaitkan dengan permainan itu," kata pegawai perubatan.
"Kami tidak pasti jika kanak-kanak tersebut sakit (sebelum menaiki roller coaster)," katanya.
Menurut Six Flags, kira-kira 45 juta pengunjung sudah menaiki roller coaster tersebut sejak ia dibuka dan tiada sebarang insiden buruk berlaku.
-SINAR HARIAN
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin sb tkejut dgn permainan ekstrem gtu.. pengsan tiba2 mase tgh layan game. then ajal dia kat situ. tumpang simpati. |
|
|
|
|
|
|
|
R.I.P
ritu p genting tetiba roller coster under maintenance.. agak sedih ar
tapi x kesah lah..
sbb tetiba tuhan bayar cash.
teserempak dgn jay chou pagi2 bute. |
|
|
|
|
|
|
| |
|