APABILA Ramadan menjelma, saluran televisyen di negara kita akan dipenuhi dengan iklan-iklan tentang kemuliaan bulan tersebut, begitu juga saat menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.Sebahagian yang dipaparkan mampu menggeletek hati penonton, manakala sebahagian lagi bisa meruntun jiwa, namun pastinya ia mengimbas memori indah ketika musim perayaan, kan?
Tentunya ramai yang masih ingat dengan barisan iklan komersil Petronas hasil arahan Allahyarham Yasmin Ahmad dan iklan syarikat lain seperti TNB, Telekom dan Media Prima, kan? Terbaharu, sebuah filem pendek yang diterbitkan oleh PTS Media Group bersempena hari raya mula mencuri perhatian warga Internet, apatah lagi ia ditunjangi pelakon cilik berbakat, Putri Balqis.
|