CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15904|Reply: 136

[Tempatan] Tips Bijak Wang Membeli Kereta, Baca Sebelum Ia Dipadam Oleh Bank

[Copy link]
Post time 26-6-2015 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Tip Bijak Wang Membeli Kereta, Baca Sebelum Ia Dipadam Oleh Bank


Tahukah anda, bahawa kereta adalah liabiliti? Mungkin ada yang menganggap ia adalah aset. Hakikatnya ia adalah liabiliti kerana dengan membeli kereta kita tidak menghasil wang, malah terpaksa mengeluarkan wang.
Dengan memiliki kereta, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk pembayaran ansuran, takaful kenderaan, cukai jalan, servis enjin, servis tayar, cuci kereta, minyak enjin, minyak gear, ganti wiper, dan lain-lain lagi.
Jika ada yang mengatakan kereta adalah aset, sebenarnya ia adalah aset bank sebab bank menerima wang ansurans yang dibayar oleh pembeli kereta.

Pada tahun 2011, CEUPACS pernah mendedahkan statistik bahawa kira-kira 50% penjawat awam yang diisytiharkan bankrap adalah disebabkan daripada hutang kereta. Jumlah hutang mereka adalah sekitar RM50,000 hingga RM500,000.
Malah, tidak sedikit daripada mereka yang diisytiharkan bankrap terdiri daripada kalangan di bawah umur 30 tahun. Siapakah mereka ini?
Kebanyakkan meraka adalah graduan-graduan muda yang memiliki ijazah daripada universiti-universiti. Sayangnya ilmu tentang pengurusan kewangan, tidak diajar di sekolah-sekolah, kolej-kolej dan univerisiti-universiti.
Jika pinjaman kereta itu selama 5 tahun, maka selama 5 tahunlah seseorang graduan itu terpaksa bergelut untuk membayar kereta yang semakin lama semakin susut nilainya. Cuba bayangkan jika 7 tahun, atau 9 tahun?
Maknanya, jika kereta dibeli ketika baru berkahwin, maknanya sehingga anak sudah masuk 3 orang pun hutang kereta masih belum habis bayar, dengan anggaran seorang anak setiap 3 tahun.
Sebuah kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli ansuran selama 9 tahun, perlu dibayar sekitar RM650 sebulan. Maknanya, jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan adalah berjumlah kira-kira RM70,000.



Formula Bank
Formula bank dallm meneliti kelulusan pinjaman adalah dengan mengira ansuran kereta tidak melebihi 1 per 3 gaji bersih. Jika Gaji RM1,800 bagi seorang graduan yang belum mempunyai sebarang komitmen kewangan, ia boleh membayar ansurans kira-kira RM600 sebulan, bersamaan untuk ansuran kereta berharga RM45,000 selama 9 tahun.
Jangan gunakan formula bank, yakni ansuran kereta bersamaan 1/3 gaji bulanan kerana formula inilah yang boleh menyebabkan kita bankrap.
Ia berlaku kepada graduan muda kerana ketika memohon pinjaman kereta, mereka masih belum ada banyak komitmen kewangan dan permohonan mereka mudah diluluskan.
Dari masa ke semasa, tahun ke tahun, komitmen mereka mula bertambah dan kemudian bayaran ansuran kereta menjadi komitmen terakhir mereka untuk dilunaskan, ditambah pula dengan komitmen-komitmen lain untuk penyelenggaraan kereta.
Inilah yang menjadi punca akhir sekali sebahagian mereka diisytiharkan muflis akibat tidak mampu membayar ansuran kereta.

Formula Pembelian Kereta Secara Bijak

Berikut beberapa formula yang boleh dikongsikan sebagai panduan untuk membeli kereta pertama.

Formula 1: Beli Kereta Secara Tunai

Kereta apa boleh dapat tunai? Caranya ialah menabung sehingga beberapa tahun dan beli kereta selepas ia benar-benar diperlukan.
Tangguhkan kepuasan. Jika kita mampu membayar ansurans kereta sehingga RM500 – RM600 sebulan, maknanya kita mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta.
Jika menyimpan RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah RM18,000!
Jika dicampur dengan keuntungan jika dilaburkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7% boleh mencecah RM20,000. RM20,000 boleh diguna untuk membeli sebuah kereta sedan terpakai. Lebih lama disimpan lagi besar amaunnya. Apa faedahnya membeli kereta secara tunai? Kita sudah tidak perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan kereta.

Formula 2: Deposit Tinggi

Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran “beli kereta tanpa deposit”. Sebenarnya ia bermakna ‘hutang lebih banyak’.
Tip ini boleh digunakan jika membeli kereta yang agak tinggi harganya, iaitu gunakan tip nombor 1 untuk menyimpan dan gunakannya sebagai deposit.
Cuba bandingkan kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli tanpa deposit, dengan kereta yang berharga sama dengan deposit RM20,000. Bayaran bulanannya sangat berbeza, kerana ia mengurangkan keuntungan bank.
Kenapa perlu bayar lebih kepada bank? Ia memang sudah banyak untung!


Formula 3: Harga Kereta Bersamaan Setahun Gaji

Mungkin ada yang berkata bahawa cara-cara di atas telalu ekstrem untuk dipraktikkan dalam suasana sekarang.
Baiklah, saya berikan satu lagi cara yang dapat digunakan jika tidak mahu guna kaedah pertama dan kedua. Hendak sangat beli kereta baru, tanpa deposit.
Boleh, tapi gunakan formula ini;
Harga Kereta = Setahun Gaji
Gaji bulanan:RM2,000
Harga maksimum kereta yang boleg dibeli: RM2,000 x 12 = RM24,000
Kenapa? Agar kita mempunyai cukup wang untuk membayar petrol, tol, parking, saman, cukai jalan, insurans takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan lain-lain lagi.
Jika masih mengikut formula bank dengan 1 per 3 gaji, anda mempunyai peluang 50% kemungkinan untuk muflis.


Nota: Artikel ini juga pernah disiarkan di Majalah Niaga.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2015 10:31 AM | Show all posts
hehehehehehhehe.........
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:37 AM | Show all posts
pakai myvi jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:37 AM | Show all posts
Alhamdullilah setakat ini saya belum muflis.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:39 AM | Show all posts
OK...
Me too...
Hehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehe...
lebih panjang skit...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:41 AM | Show all posts
nape la bende ni dari dulu xde.. haiya sekarang baru nak kuar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2015 10:42 AM | Show all posts
alhamdulillah

kereta dah abes bayor

pakai happy jer.. tapi duit abis ke maintenance plak..

tapi takde la selalu rosak.. pandai cari pomen yg ok le


tapi tu la.. siapa je nak tunggu 3 tahun nak beli kereta.. time ko tengah ada duit, ekonomi kukuh ni la gi beli kereta, hutang pun hutang la.. pejam celik abis gak bayor..

org kaya nak mampus pun beli kereta hutang la.. dorang pun mane nak beli cash

kecuali canga dgn fahmi.. asik CASH ke hulu ke hilir jer

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:42 AM | Show all posts
seumur hidup aku aku hanya kenal sorang je yg beli kereta cash...iaitu arwah ayah aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2015 10:45 AM | Show all posts
artikel sembang lebat....harap2 penulis artikel tu practice what he preaches
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:47 AM | Show all posts
dragger replied at 26-6-2015 10:42 AM
alhamdulillah

kereta dah abes bayor

tu aku cakap artikel sembang lebat......yg btol2 kedek or jimat cam @sekngucing aka seksdgnkucing jer yg kumpul duit beli BIBAH sekenhen semata2 xnak loan kete

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:47 AM | Show all posts
no wonder la skrg melambak2 honda city, toyota vios yg terbaru di jalanan
jenguk sikit, muda remaja belia
muka2 fresh grad je

rendah diri juga sbb aku yg dh 10 tahun keje pun masih gigih bwk kete tempatan
tgk adik2 habis blaja, dapat keje, terus cekup honda city sebuah

jeles sgt
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:47 AM | Show all posts
Betul la tips tu... tapi manusia punyai banyak character.. klu ikut tips ni sampai kesudah aku takde kereta...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 26-6-2015 10:42 AM
seumur hidup aku aku hanya kenal sorang je yg beli kereta cash...iaitu arwah ayah aku

Sama gak mcm arwah ayah aku jgk. Spnjg dia hidup x pnh ada hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Formula 1 dan 2 tu tak berguna langsung. Nak tangguh beli kereta camne kalau kereta zaman sekarang merupakan keperluan, nak gi keje naik apa? Lori sampah? Naik lrt pon kalau stesen blakang rumah, kalau x nak naik apa? Formula 2 tu cmne nak kasi deposit tinggi kalau baru start keje melainkan ko pinjam duit mak bapak. Cakap senang tapi tak realistik.tips smpah boleh buang dlm lombong babi jah
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:51 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 26-6-2015 10:48 AM
Formula 1 dan 2 tu tak berguna langsung. Nak tangguh beli kereta camne kalau kereta zaman sekarang m ...

iziyer sed den dan........harap penulis artikel nih practice what he preaches or rot in hell.....lol

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:53 AM | Show all posts
emma.giggs replied at 26-6-2015 10:48 AM
Sama gak mcm arwah ayah aku jgk. Spnjg dia hidup x pnh ada hutang.

cuma arwah ayah aku pulak beli rumah je amik loan...tapi alhamdulllillah sblm dia  meninggal utang rumah dah lama habis bayar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2015 10:54 AM | Show all posts
setakat tips mcm nie sampai bila2 bank tak hingin nak buang pun..ingat ada lah formula yg lebey bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
asher replied at 26-6-2015 10:54 AM
setakat tips mcm nie sampai bila2 bank tak hingin nak buang pun..ingat ada lah formula yg lebey bagu ...

Bank senyum sinis jah sis, tgok ummah bimbo jalan kaki dri shah alam ke kl gi keje sebab nak tangguh beli kete.taknak hutang katanya kahkahkah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:57 AM | Show all posts
takp ayahla tambang hutang..guna je yg ada..skrg hekonimi tk bagus.

penasihat Bank Negara
Professor mad Ya rossie
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 10:57 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 26-6-2015 10:56 AM
Bank senyum sinis jah sis, tgok ummah bimbo jalan kaki dri shah alam ke kl gi keje sebab nak tangg ...

formula mengarut sungguh...tang mana yg pratikal nya pn tak tau lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.066119 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list