CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9293|Reply: 50

[Tempatan] Manfaat kelebihan air kelapa muda ketika berbuka

[Copy link]
Post time 29-6-2015 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Manfaat kelebihan air kelapa muda ketika berbuka
29 Jun 2015



KETIKA musim panas di bulan Ramadan ini, manfaatkan minum air kelapa muda ketika berbuka untuk mengembalikan suhu badan ke paras normal, kata Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman.

Ridzoni berkata, air kelapa muda sangat tinggi dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B komplek (riboflavin) yang bertujuan mengawal tekanan darah, meredakan kekejangan otot serta menaikkan selera makan dan minum ketika musim panas.

Katanya, air kelapa muda juga mengandung elektrolit yang membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang setelah seharian berpuasa.

"Selain air kelapa muda bertindak melegakan dahaga pada bulan puasa ini, air kelapa tersebut juga memberi manfaat sendiri bagi tubuh kita.

"Lagi bagus, elak daripada mengambil air kelapa yang dicampur dengan gula, beli sebiji kelapa yang belum dipotong dan minum air kelapa yang segar," katanya kepada Bernama, hari ini.

Ridzoni turut menjelaskan di samping meminum air kelapa ketika berbuka, minum air buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini.

Katanya, air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan fruktosa (gula semula jadi buah),  berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan.

"Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah," katanya.

Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering, Ridzoni turut menasihatkan orang ramai agar menjaga kesihatan diri dengan baik kerana kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh badan menghadapi
masalah ekoran 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.

Di samping itu, Ridzoni turut menegaskan agar orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi, teh ataupun minuman yang mengandungi kafeina yang tinggi pada bulan puasa kerana minuman itu memberi kesan diuretik.

“Kopi dan teh akan merangsang pengeluaran air kencing, dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus,” katanya. - Bernama, SinarHarian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
beli air tembikai

.pastu ..masam
..
jilake
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
No shit?         
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 06:39 PM | Show all posts
kat tmpat saya peniaga air kelapa menjual air kelapa tua yg dibelah utk dibuat santan tu..
mereka bawa bekas n minta pekedai tu tadah air drpd buah kelapa yg dikopek utk diparut/mesin..
pas2 mereka campur sikit dgn air kelapa muda n gula,
penipu sangat2..dah tahu mmg xbeli la..

pas2 jual mahal katanya krn gst, padahal dpt free je air kelapa tu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 06:43 PM | Show all posts
air kelapa pandan la paling sedap. fuhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 06:57 PM | Show all posts
i beli 100 plus edge yg xda gas tu je....lbih kurg je mcm air kelapa hohoho
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2015 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat kg aritu balik,ari2 minum air kelapa.
Smlm baru jejak bazar kali k2, tkezut air bodoh2 bodoh2
Rm2..suami aku mtk lpastu tkejut rm2, bukan bkira..
Tp xkn kot smpai naik rm1, suami aku ckp pedas mcm perli akak tu
Aku cubit suami aku,aku ckp ngn dia kang ada je mandi sirap limau free.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
fire_place replied at 29-6-2015 07:12 PM
Kat kg aritu balik,ari2 minum air kelapa.
Smlm baru jejak bazar kali k2, tkezut air bodoh2 bodoh2
...

Eeee berkiranya laki kau. Dah tu pergi beli jugak buat apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tadi member beli air kelapa dlm gelas plastik rm2. 50 byk ais drp air kelapa
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Almost like blood kan dia punya structure ke apa ntah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 29-6-2015 10:39 AM
kat tmpat saya peniaga air kelapa menjual air kelapa tua yg dibelah utk dibuat santan tu..
mereka b ...

Jilake sungguh uols peniaga macam nih....
Semoga theyols dapat cash...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tebuanharimau replied at 29-6-2015 12:29 PM
Baru tadi member beli air kelapa dlm gelas plastik rm2. 50 byk ais drp air kelapa

Harini saya mencemar duli pergi bazar..ambik 2 plastik air kelapa..tup2 total rm8..tebal muka nk letak balik saya beli jah...

Balik2 rumah rasa macm air payau jah..lahanat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapa my favorite! aku selalu beli 4-5 bijik sekali, sumbat dlm fridge.... pepagi minum, nyaman tekak...

byk khasiat air kelapa ni... tp jgn bubuh gula la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:09 PM | Show all posts
EJALTI replied at 29-6-2015 08:47 PM
Jilake sungguh uols peniaga macam nih....
Semoga theyols dapat cash...

dapat duit CASH ada la.....meniaga atas angin...

barang ornag nak buang dia p ambik buat meniaga, pas2 kenakan GST pula....

dah la dia bodo, memperbodohkan kita pula..
memang xbeli dah..
kita minta nak beli buah kelapa(buah yg blm buka yg ada tepi gerai dia) yang konon2 dia jual air kelapa muda tu,
semedang kata buah tu dah ada orng tempah, terang2 menipu



Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 29-6-2015 06:39 PM
kat tmpat saya peniaga air kelapa menjual air kelapa tua yg dibelah utk dibuat santan tu..
mereka b ...

Kejinya..huhuhu...nak untung tapi x kena cara..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:32 PM | Show all posts
kenarihitam replied at 29-6-2015 09:26 PM
Kejinya..huhuhu...nak untung tapi x kena cara..

orang mcm ni bukan kira halal haram...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 29-6-2015 09:32 PM
orang mcm ni bukan kira halal haram...

Xkaya pun bila buat mcm tu..klu kaya pun xberkat la rezki yg dia dpt dgn cara cmtuh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 29-6-2015 08:23 PM
Eeee berkiranya laki kau. Dah tu pergi beli jugak buat apa?

Sbbny anak aku beria nak.
Sbb dia 5tahun beria nk puasa,
Laki aku kalau mahal mana pun sdp xkisah.
Ni air yg dia bg yg dh bungkus,yg ais dh cair.
Warna dah cair..laki aku cakap bungkus baru.
Dia buat pekak je dh 2x ckp.lpstu air tawar hebeh.
Lg satu sbb xda harga,biasa kot bungkus kecik satu rm1-1.5
Kalau air pelik2 ok lah kot jual mahal
Tembikai pun rasa sirap,cakap fresh.
Org yg dh biasa niaga tiap mggu kat pasar air jual rm1.20 je
Ni yg jual mahal yg setahun sekali je niaga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nazurah replied at 29-6-2015 09:00 PM
kelapa my favorite! aku selalu beli 4-5 bijik sekali, sumbat dlm fridge.... pepagi minum, nyaman tek ...

Yup..mmg bnyak khasiat.
Kat kebun laki aku ada kelapa yg rasa gas dia kuat
Lepastu manis xperlu bubuh gula.
Degan dia pun lembut.
Kitaorg amik bnyak2 buat jeli kelapa.
Xtaulah kelapa jenis apa
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 10:34 PM | Show all posts
puasa tahun ni, banyak kali jugak beli air kelapa. semalam beli air kelapa lemon RM4.00. saja nak rasa. cukuplah sekali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.271478 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list