View: 3115|Reply: 15
|
[Tempatan]
Sirul Azhar nafi akan buat pengakuan
[Copy link]
|
|
Sirul Azhar nafi akan buat pengakuan
09 Julai 2015 1:32 AM
0 0 Google +0
KUALA LUMPUR 8 Julai – Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar menafikan maklumat yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp kononnya dia akan membuat pengakuan di mahkamah Australia minggu depan.
SIRUL AZHAR
Peguamnya, Hasnal Rezua Merican berkata, pengakuan kononnya Sirul Azhar membunuh Altantuya Shaariibuu atas arahan individu tertentu hanyalah khabar angin dan dilihat bertujuan menimbulkan kekecohan dengan melibatkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, selepas sebaran maklumat palsu yang dibuat dengan menggunakan nama akhbar Herald Sun Australia itu menjadi viral, beliau terus menghubungi Sirul Azhar untuk mendapatkan kepastian.
“Setelah bertanya sen-diri, Sirul Azhar menafikan sekeras-kerasnya tentang maklumat berkenaan termasuk prosiding untuk ha-dir ke mahkamah.
“Kemudian saya menghubungi Herald Sun Australia dan mereka juga menafikan khabar angin itu. Mereka tidak ada maklumat mahu pun menyiarkan sebarang berita berkaitan Sirul Azhar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Hasnal Rezua, kenyataan palsu itu merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana berpotensi menjatuhkan kredibiliti banyak individu.
“Saya tidak pasti motif sebenar kenyataan itu dibuat tetapi masyarakat Malaysia diharap dapat menghentikan perkongsian maklumat palsu itu sebelum menjadi perkara yang lebih teruk,” katanya.
Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hu--kuman mati ke atas Sirul Azhar dan Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu namun Sirul Azhar bertindak melarikan diri ke Australia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.WFS7q4BK.dpuf
P/s;- Hari tu kan..Mahfus kata Tun M akan pi jumpa Sirul...apa ceritanya?..senyap je..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi sirul akan terus dibiarkan menyorok? Forever.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Anak_Nogori at 9-7-2015 06:20 AM
pulak dah...bukan ke mantan PM kesayangan mu jugak yg membangkitkan kes Sirul dulu...dah kantoi nak slow2 plak yeee.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak tengok sokongan AN pada piem kesayangan dia bila dah jadi Mantan nanti..sanggup jilat ke tidak lagi masa tuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
selagi Najib tidak jadi macam TUN..nyanyuk dan buang tebiat...kenapa harus aku bangkang dia?..
|
|
|
|
|
|
|
|
bila disahkan je semua 6 akaun yang
dibeku bukan milik PM,
macai pun korek2 semula kisah lama |
|
|
|
|
|
|
|
Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 9 July 2015| Kategori: Adamyan,Utama | 1 Comment »
‘Tiang Gol’ Ubah Lagi, Kali Ini Balik Ke Sirul Semula
PERDANA Menteri difahamkan sedia maklum akan gelombang-gelombang serangan peribadi ke atas beliau yang dirancang para konspirator terdiri dari kroni-kroni yang 22 tahun ‘kembung’ tapi bila kuasa bertukar tangan, ‘kekembungan’ itu tidak bertahan.
Jadi, tidaklah begitu pelik bila setiap kali gelombang-gelombang ini dilepaskan, beliau seakan sudah bersedia menghadapinya. Kecohlah 2 ke 3 hari, tapi selepas itu senyaplah semula. Kita dah lihat ini berlaku dalam dakwaan 1MDB menghilangkan RM 42 billion, isu penjualan tanah Tabung Haji dan terbaru fitnah Wall Street Journal (WSJ).
Cakap pasal fitnah WSJ, gelombang serangan semakin berkurangan sejak semalam, bila Perdana Menteri memulakan tindakan undang-undang terhadap WSJ. Sebelum itu, tak sampai beberapa minit keluarkan dokumen, dah banyak yang dibuktikan bahawa dokumen itu palsu dan diubah suai. Swift code bank pun salah, apa cerita?
Soal kenapa hantar surat penjelasan dulu, kenapa tidak saman sekarang dan sebagainya, itu tidak ada masalah sebab nak buang air pun ada prosedur bukan boleh ‘buh’ macam itu saja. Apatah lagi saman menyaman peringkat antarabangsa macam ini.
Maka tidak hairanlah penulis kenapa ‘tiang gol’ para konspirator ini sudah beralih semula kepada Sirul. Kononnya Sirul akan membuat pengakuan di Mahkamah Australia bahawa pembunuhan Altantunya dulu diarahkan oleh Perdana Menteri!!
Lama dah tak dengar nama Sirul sejak kejadian “hello sirul, hello sirul”, sekarang muncul semula. Untuk makluman, Sirul pernah menjadi pengawal peribadi kepada Tun Mahathir Mohamad dan ketika ditangkap pada tahun 2006, dia menjadi pengawal peribadi kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kesimpulannya, ‘tiang gol’ ini akan sentiasa berubah-ubah ikut keperluan sebab yang nak dicari sekarang bukan kebenaran, tapi persepsi berpanjangan, sehingga Najib tumbang. Percayalah, setakat yang penulis lihat, hayat politik Najib masih lagi panjang.
Apa pun di akhirnya Allah swt yang akan menentukan, bukan yang tak berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
kejap ubah kat team madey
kejap ubah kat team bijan
penat la macai umngok kehulu-kehilir pikul tiang gol
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan jadi penyokong kaki hangguk ko mesti guna otak dan akal yg Allah beri, hanya org yg berhati hitam saja yg buta hati perut dan tidak tahu menilai mana yg betul dan mana yg salah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mia nk pegi bw diri lah abam abuk....
Sakit nya tuh disneyland...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-7-2015 06:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cikglemer replied at 9-7-2015 04:04 PM
Jangan jadi penyokong kaki hangguk ko mesti guna otak dan akal yg Allah beri, hanya org yg berhati ...
Ko yg tak reti menilai mana yg betul mana yg salah..hati ko bukan saja hitam..tapi kaudu..
Bila nak tuduh org kasi bukti..ko ada bukti? |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ko tuduh DSA tu ada bukti ko? ngok oiii...lg besar dosa ko tuduh org berzina dosanya sama dgn org yg berzina....bila kena kat pemimpin ko pandai pulak nbak minta bukti...osah bongok eh penjilat2 umno ni...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|