CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40154|Reply: 131

DCT & Tok k sambut raya di rumah Tengku Zawyah

[Copy link]
Post time 23-7-2015 09:47 PM | Show all posts |Read mode
LIHAT KELUARGA BESAR SITI NURHALIZA & DATUK K SAMBUT RAYA DI RUMAH TENGKU ZAWYAH

Seperti mana yang dikata orang, sekeping gambar mampu menterjemahkan 1001 makna dan menerusi gambar ini, terpancar jelas kebahagiaan serta kesejahteraan yang terbina demi meneruskan kelangsungan dalam mengeratkan tali silaturahim antara dua buah keluarga. – Foto Instagram @ctdksupporter.

Jika ada yang beranggapan bahawa hubungan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dengan Datin Tengku Zawyah Tengku Izham yang merupakan bekas isteri suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, masih lagi keruh, buangkan sahaja tanggapan negatif itu.



Lihat Keluarga Besar Siti Nurhaliza & Datuk K Sambut Raya Di Rumah Tengku Zawyah


Hakikat sebenarnya adalah hubungan Siti Nurhaliza dan Tengku Zawyah telah lama pulih dan berjalan dalam keadaan baik sementelah kedua-duanya juga telah membina kehidupan yang baru.


Cuma, kata Siti Nurhaliza dalam satu temu bual bersama Berita Harian sekitar tiga tahun lalu ketika gambar mereka berdua meraih perhatian di laman sosial pada bulan Syawal, perkara itu tidak diketahui ramai dan adalah lebih baik ia tidak perlu dihebohkan serta disensasikan.


Malam semalam, sekali lagi di dalam bulan Syawal yang mulia ini, penyanyi yang kini sedang popular dengan lagu Mikraj Cinta itu telah memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya, @ctdk yang mendapat maklum balas positif daripada peminat dan pengikutnya.


Gambar berkenaan memaparkan Siti Nurhaliza dan Tengku Zawyah bergambar bersama-sama dengan anak, menantu serta pelakon, Izara Aishah yang merupakan kekasih kepada anak Tengku Zawyah, Muhammad Adib.


Dengan disertakan kapsyen yang berbunyi (tanpa mengubah maksud asal tulisan Siti Nurhaliza):


“Alhamdulillah. Bergambar kenangan selepas beraya bersama. Thank you so much Kak @teezac (merujuk kepada Tengku Zawyah) dan @rayyanjk (suami Tengku Zawyah) for the lovely dinner. Selalu Siti datang tak lupa buatkan roti keca favourite Siti.”


Gambar kenangan Siti Nurhaliza selepas beraya di rumah Tengku Zawyah yang dimuat naik ke laman Instagram penyanyi itu dan mendapat maklum balas positif. – Foto Instagram Siti Nurhaliza (@ctdk)


Rata-rata peminat dan pengikut Siti Nurhaliza gembira dan menyifatkan keberkatan Syawal ini telah mengeratkan hubungan serta silaturahim antara keluarga Siti Nurhaliza dan Tengku Zawyah.


Malah, daripada pemerhatian The Rakyat Post sehingga pukul 11 pagi tadi, gambar berkenaan telah disukai hampir 14,000 kali oleh pengikut dan peminat laman Instagram Siti Nurhaliza itu.


Bukan itu sahaja, anak ketiga hasil perkahwinan Khalid Mohamad Jiwa dan Tengku Zawyah, Muhammad Asyraf juga memuat naik gambar mereka sekeluarga menerusi akaunnya, @asyrafkhalid dengan menulis kapsyen yang berbunyi: “Modern Family – We have a unique family. Thank you Mama for having all of us, and your wonderful cooking!”


Impak daripada gambar tersebut juga telah mendorong salah seorang pengikut Siti Nurhaliza yang menggunakan akaun @ctdksupporter untuk memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kesejahteraan buat mereka iaitu:


“Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, InshaAllah, Allah akan jaga hubungan kita dengan sesama manusia. And I’m happy for this beautiful family. Wishing you both @ctdk and @teezac all the happiness in the world and hereafter, aameen.”


Sesungguhnya tiada perasaan yang mampu digambarkan apabila melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh penyanyi kesayangan ramai ini dalam menyambut Syawal kali ini bersama keluarga.


Kami di  sentiasa mendoakan yang terbaik dan semoga hubungan kekeluargaan yang terjalin itu akan terus kekal bahagia sehingga ke syurga.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 09:51 PM | Show all posts
motif Izara asyik mengendeng kesana kemari ... tau dia GF anak tok ti ... tp mcm rimas plak asyik mengendeng ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Huntung nya jd izara aisyah...mia pon nk jd izara aisyah lah...buleyh???montok skali
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Anas awat mcm tu skali jambang nyer...pandai anas didik isteri bertudung..ibunye belom bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 10:10 PM | Show all posts
And golongan perampas pun mula berimaginasi liar moga diberkati Allah punya happy ending seperti ini bila terlibat dengan hubungan sulit bersama suami orang.

Khe.

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by perembes at 23-7-2015 10:13 PM

dgn memaafkan hati kita boleh jumpa bhagia...
btapa humblenya siti
dan baiknya tz
dk..bwekk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2015 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 23-7-2015 10:10 PM
And golongan perampas pun mula berimaginasi liar moga diberkati Allah punya happy ending seperti ini ...

haha.. susa juga mo ckp kna rampas.. sbb tu lelaki pun mau... lainla klau lelaki tu xmau
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 10:16 PM | Show all posts
Meols terus teringat lagu Kak Ecah ..."kemaafan dendam yang terindah" ...
Heheehhh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mohtip izara ade dalam pic family tok t?
bile nak kawen?kehulu kehilir ada kat mana2..
kang frust menonggeng mcm adira & her ex baru tau...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:00 PM | Show all posts
Muka anak angkat tz cam ct plk
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:05 PM | Show all posts
Uniknyaaa famili ni. Siap gf pun bawak merata...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:11 PM | Show all posts
adib dah gemuk
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:15 PM | Show all posts
Mcm badan suma pun dah kembang p noh..silap mata ka apa...Adib tu bukan kurus ka..hampir xleh cam dah...

nampak sgt la bhagia nya kalau badan montok2 suma  
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung la bakal menantu dibawak ke sana sini..jgn xjadi sudah
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
apapun... aku rasa janggal bila tengok gambor tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:35 PM | Show all posts
Motip sangat cikki izara aishah duk menempel padahal sheol orang luar jah... Choi dia tak terpikir ke tindakan sebegitu tidak beri kesan positif pada imej dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
one_aiman replied at 23-7-2015 11:17 PM
Untung la bakal menantu dibawak ke sana sini..jgn xjadi sudah

Well aku kawen thn lepas pun xpasal2 gf anak buah aku pakai baju sedondon ngan family aku...akak aku punya aku keje, excited terlebih..aku pengantin pun tak tau...mcm ko cakap, jgn xjadi sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Nham22 replied at 23-7-2015 02:10 PM
Anas awat mcm tu skali jambang nyer...pandai anas didik isteri bertudung..ibunye belom bertudung

anas mmg lain sikit. antara anak2 dk, dia paling low profile. yg selalu enter frame si adib ngan ashraff...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tz ade pengganti yg hot dan functional
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tz dh dpt huby baru cuba xde mmg selamatla ko ctot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.302534 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list