Edited by Eva_yy_Ellin at 7-8-2015 10:08 PM
Pada suatu petang, seorang wanita mendapat panggilan dari pihak polis mengatakan suaminya telah ditemui mati. Si isteri meraung kesedihan di atas kematian suaminya. Selepas dia kembali tenang, pihak polis meminta dia datang ke tempat kejadian untuk sesi pengecaman mayat suaminya. Si isteri menamatkan perbualan dengan pihak polis, bergegas mengambil kunci kereta dan beg tangan lalu memandu ke tempat kejadian. Dia tiba di sana dalam masa kurang 30 minit. Selepas dia sampai, pihak polis terus menahan si isteri atas tuduhan membunuh suaminya.
Soalannya, bagaimana mereka tahu si isteri yang membunuh suaminya sendiri?
|