View: 4249|Reply: 20
|
[Tempatan]
'Shisha stick' alat baru lepas gian remaja sekolah
[Copy link]
|
|
'Shisha stick' alat baru lepas gian remaja sekolah
9:37AM - 12 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/308250
Belum lagi reda isu rokok elektronik berperisa ganja, warga kota dikejutkan pula trend terbaru 'shisha stick', dipercayai mengandungi bahan menyebabkan ketagihan dan menjadi kegilaan golongan remaja.
Berbentuk dan bersaiz sama seperti pen serta mempunyai pelbagai warna, 'shisha stick’ mudah disembunyi sebagai alat tulis, menurut satu status pengguna laman sosial 'Facebook' yang turut memuat naik gambar bahan berkenaan.
Pengguna Facebook berkenaan menarik perhatian harga 'mampu milik' di sekitar RM17 ke RM20 dengan pelbagai perisa memudahkan lagi ia dibeli pelajar sekolah. Status itu turut dikongsi pengguna sosial media lain dan menjadi viral sejak minggu lepas.
Hasil maklumat itu, Bernama membuat tinjauan di sekitar ibu kota dan mendapati ia dijual secara sembunyi hanya kepada golongan tertentu selain boleh juga didapati, antara lain, di kedai serbaneka.
Penulis berusia awal 40-an ini menyamar sebagai pembeli di pasar larut malam Danau Kota, Setapak, namun gagal apabila seorang penjual rokok elektronik memberi pelbagai alasan untuk tidak menjualnya kepada penulis.
Penjual itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam pada mulanya tidak mengaku menjual barangan itu namun setelah dipujuk, dia mengaku pernah menjualnya.
"Dulu memang ada jual tapi sekarang tak ada stok lagi abang," katanya.
Bagaimanapun, rakan sekerja berumur awal 20-an yang menyamar sebagai pelajar sekolah berjaya membeli 'shisha stick' di sebuah kedai serbaneka yang turut menjual barangan runcit dari Timur Tengah di Jalan Bukit Bintang, setelah terpaksa mengambil masa lama berunding.
Shisha stick itu tidak disimpan secara terbuka, dan peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Malek hanya mengeluarkan barangan berkenaan dari sebuah bungkusan apabila pelanggan terdahulu beredar.
"Do you want this one (shisha stick)...," kata Malek sambil menambah bahawa dia hanya mempunyai baki lapan shisha stick dalam stoknya.
Kelihatan resah sepanjang urusan jual beli itu, Malek bagaimanapun enggan mendedahkan asal barangan berkenaan.
Shisha stick itu dibeli oleh wartawan Bernama dengan harga RM17.
Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata shisha stick atau dikenali sebagai 'Shisha Pen' ataupun dengan nama 'Hookah Pen' adalah kategori rokok elektronik dan mempunyai fungsi yang sama seperti 'Vapor'.
Katanya shisha stick tidak popular berbanding vapor disebabkan kandungan cecair perisa yang sedikit dan tidak memberi kepuasan kepada pengguna berbanding vapor.
"Sehingga kini tiada undang-undang berkaitan larangan mengguna shisha stick," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata namun demikian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kementerian Pendidikan peringkat negeri dan daerah serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan berkerjasama bagi memantau penyalahgunaan bahan yang disyaki mengandungi dadah.
Mohd Mokhtar berkata pemantauan dan risikan polis mendapati setakat ini penggunaan shisha stick bukan merupakan kaedah baharu bagi penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja di negara ini.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
yup. baru baca psl ni semalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin lama ummah suchi makin urban. Vape, shisha stick, stick konek dan macam2 lgi. Meleis menuju wawasan2020  |
|
|
|
|
|
|
|
apo nak jadi entah laa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 pun kenalah gubal undang2 dulu tentang penggunaan shisha stick ni
Takde undang2 takleh buat apa jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 la skrg! Bahaya.. 
|
|
|
|
|
|
|
|
cantik..sekali pandang mcm eyeliner pen pun ade.. |
|
|
|
|
|
|
|
propaganda untuk menruntuhkan anak muda malaysia...... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 zaman sekarang ekk risau bila anak2 sedang membesar semua nak kena pantau nih |
|
|
|
|
|
|
|
EJALTI posted on 12-8-2015 11:47 AM 
'Shisha stick' alat baru lepas gian remaja sekolah
9:37AM - 12 Aug 2015
nmpk cam eyeliner...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau mudarat haramkn penjualan |
|
|
|
|
|
|
|
vape lah.. shisha stick lah.
advance betoi budak zaman sekarang..
bella pon x tau  |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana ia masuk malaysia? Barangkali ini kerja org umno jugak untuk dapatkan untong sanggup gadai moral remaja. |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin pelik dan makin canggih |
|
|
|
|
|
|
|
mmg bahaya..ramai budak2 duk beli menatang ni..konon cool abes laa..lepas tu murah plak jual..kalau kat lam fb tu ramai jual range rega 7-9 hengget sebatang..budak2 lebih dr mampu kalau nak beli..aku harap haramkan terus penjualan mende alah ni...kalau siapa kantoi jual jer trus bg hukuman gantung sampai kejung.. |
|
|
|
|
|
|
|
ell768: mmg bahaya..ramai budak2 duk beli menatang ni..konon cool abes laa..lepas tu murah plak jual..kalau kat lam fb tu ramai jual range rega 7-9 hengget se ...
mintaklah menteri haramkan rokok sekali..nak haramkan benda2 ni kerajaan kenalah haram yang main problem dulu..soal budak2 bawah umur isap menatang ni mmg lah un control..kenapa xgantung je tokey2 yg jual rokok tu jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 la..dah la murah...ayoo selamat ke benda ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada jual? Nak beli lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|