CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4993|Reply: 21

[Tempatan] Pesanan terakhir Tunku Abdul Rahman jadi viral

[Copy link]
Post time 18-8-2015 02:52 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Sebuah rakaman video yang memuatkan pesanan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi viral di media sosial.
Visual berdurasi 3.25 minit itu merupakan rakaman terakhir bekas pemimpin negara yang sangat sinonim digelar sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia.
Video tersebut telah dimuat naik semula di laman Facebook DurianFM.com dan dikongis pengguna lain.
Rakaman itu dimuatnaik sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-58 pada hujung bulan ini.
Berdasarkan rakaman yang direkod pada 1988 itu, Tunku Abdul Rahman berpesan agar pemimpin sedar bahawa kewujudan sesebuah kerajaan adalah kerana kuasa dan mandat yang diberikan oleh rakyat.
Allahyarham berpesan, langkah menyorokkan sesuatu perkara buruk yang dilakukan oleh pemimpin memang sudah berlaku sejak di zamannya lagi dan keburukkan tersebut kemudian dipalingkan semula kepada mereka yang menentang.
“Akhbar-akhbar tidak ada suara. Surat khabar tegur perbuatan ini ditutupkan, jadi di sini ditunjukkan pihak yang menentang mereka itu tiada suara langsung.
“Segala-galanya diperintah oleh kerajaan ini. Tapi yang memegang kuasa di dalam ngeri ini ialah rakyat jelata sekalian,” katanya.
Allahyarham turut meminta pemimpin agar berfikir tentang perbuatan mereka dan tidak mudah mengikut telunjuk akal dan fikiran.
“Fikirlah sendiri betul atau tidak perbuatan mereka itu (pemimpin). Jangan ikut begitu saja, gunakan akal dan fikiran kerana ‘lampu ajaib’ itu ada ditangan rakyat jelata sekalian.
“Rakyat jelata ada kekuatan dalam tangan mereka. Jadi gunakan akal dan jagalah kekuatan itu untuk memeliharakan Malaysia yang dikasihi ini,” ujarnya.
http://www.freemalaysiatoday.com ... -rahman-jadi-viral/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 03:05 PM | Show all posts
pesanan terakhir tun razak tak de ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 03:12 PM | Show all posts
Ni masa zaman Tun M jadi PM, masa parti Semangat 46 menentang UMNO & Tun M.........
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 03:15 PM | Show all posts
Betul ke tunku dulu suka main judi lumba kuda ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 03:40 PM | Show all posts
yak.....tertumpah plak kuah nie...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 03:45 PM | Show all posts
ada pemimpin2 jibaok skrg neh nk heran.....asal kantung aku penuh duit berjuta kita buat2 bodo jer.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2015 03:53 PM | Show all posts
aku nak dengar pesanan tun razak je...

si apak gigih membangunkan, si anak gigih melingkupkan..syabbas betteh  
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 03:54 PM | Show all posts
pesanan ..amanah terakhir presiden dato' onn x de ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 04:18 PM | Show all posts
red bean army pilih
pesanan yang mengikut kehendak
agenda sempit mereka sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
#h$=== replied at 18-8-2015 03:15 PM
Betul ke tunku dulu suka main judi lumba kuda ?

Dan minum whisky
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 04:32 PM | Show all posts
Uols ingat Bijan kesahhhhhhh?.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 04:36 PM | Show all posts

Pesanan terakhir seorang peminum whiskey & kaki judi lumba kuda harus dipandang serius
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 04:38 PM | Show all posts
Bijan tak kesah uoulssss....walaupun amanat terakhir itu keluar dari mulut ayahanda beliyau.....

"Ada aku kesahhhh?   katanyer
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 04:41 PM | Show all posts
tunku dah kata, kalu madey jadi pm lingkop malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 04:44 PM | Show all posts
begitu kitaran dunia...dulu tunku dituduh nyanyuk oleh..apanamaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 04:46 PM | Show all posts
Pesanan ni zaman Paklah jadi PM dah keluar TV, masa tu Paklah tengah counter attack serangan Madey..
Total dekat setengah jam jugakla, bukan setakat 3 minit je.

Takkan Melayu CI ni mudah lupa kot?

Macam biasalah, bila ada kepentingan, up balik la bideo ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 04:49 PM | Show all posts
jap lg kuar laaa buku '100 kesalahan TAR semasa jd pm'



Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 04:52 PM | Show all posts
kata kata akhir Jibby sebelum dipecat ... ada tak???
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 05:23 PM | Show all posts
Pesanan terakhir Tun Razak : Sengaja tidak aku membina swimming pool yang diinginkan Jib supaya dia berusaha keras mencari duit derma berbillion-billion.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
#h$=== replied at 18-8-2015 04:36 PM
Pesanan terakhir seorang peminum whiskey & kaki judi lumba kuda harus dipandang serius

Sekurangnya dia membela rakyat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052837 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list