|
Oleh Adib Za
Ramai yang tidak mahu berhenti merokok kerana takut berat badan akan naik mendadak! Namun, tahukah anda sebenarnya rokok menyebabkan perut anda buncit!
Terdapat kajian di University of Glasgow yang mengambil ukur lilit pinggang 150,000 responden. Hasilnya, mereka mendapati peratusan mereka yang merokok mengalami lebih tinggi ukur lilit yang besar, atau mudahnya, buncit!
Kajian ini menegaskan merokok bukanlah cara untuk menurutkan berat badan. Malah, ia menyebabkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser.
(Sumber foto: dailypedia)
Ternyata telahan merokok boleh menurunkan berat badan itu salah sama sekali!
Nak kurus, kurangkan minuman manis, makanan tinggi lemak dan menjaga pola kehidupan yang sihat!
Masih tidak mahu percaya? - CARI Infonet |
|